gambar perhiasan dari UM
Pegawai Imigresen yang dilepaskan dari tahanan ISA di Pusat perlindungan Kemunting, Perak (Kemta) melahirkan perasaan terima kasih kepada Kerajaan kerana telah menyelamatkannya dari terus melakukan perbuatan yang terkutuk dan melayannya dengan baik.
Di situ keadaannya sangat baik, tidak seperti yang didengarnya sebelum beliau dimasukkan dikem ISA tersebut. Beliau dilayan dengan baik dan dapat mengurangkan berat badan sebanyak 16 kilo selama berada didalam tahanan 10 bulan.
Beliau mengambarkan bahawa berada didalam tahan ISA diKem Tahanan Kemunting (Kemta) lebih baik dari berada diluar kem sekiranya mahu mendapat motivasi serta dapat membaca buku-buku dan boleh mengurangkan berat badan. Apakah cara beliau mengambarkan tentang kebaikan dan keselesaan semasa berada dalam tahanan ISA sebagai 'promosi' supaya mengalakan orang lain melakukan perbuatan yang tidak baik seperti beliau lakukan. Hanya berpisah dengan anak dan isteri selama sepuluh bulan dan dibebas bersama harta kekayaan.
Apa yang sepatutnya berlaku, setiap tahanan yang dilepas dari tahanan ISA dan Kem Tahanan Kemunting hendaklah mengambarkan satu keadaan yang merugikan untuk masa depan dan keluarga sekiranya seseorang itu melakukan kesalahan yang terkutuk dan menyalahi undang-undang negara serta dikena tahanan ISA.
Mereka sepatutnya mengambarkan rasa 'serik' dan tidak mahu melakukan lagi dan menasihati orang lain supaya tidak melakukan perbuatan yang salah seperti beliau lakukan kerana berada dalam tahanan adalah lebihlah baik mati dari hidup.
Supaya orang yang berada diluar dan mempunyai kuasa akan menjadi takut untuk melakukan kesalahan seperti yang dikaitkan kepada mereka terutamanya kepada penjawat yang melaksanakan tugas penguatkuasa disemua agensi kerajaan.
Cara surat kabar menghebahkan berita temu bual dengan pegawai Imigresen tersebut seakan-akan memberi galakan dan tidak mengambarkan keinsafan sebenar apabila temubual itu dilakukan dalam suasana suka helai, gelak ketawa yang mengambarkan tidak ada perasaan sedih dan malu kerana melakukan perbuatan yang boleh dikenakan ISA.
Persoalannya, adakah mereka yang dikenakan tahanan ISA hanya sebagai dijadikan kambing hitam bagi mengelakkan rakyat dbagi mempertikaikan kebocoran Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dari perbuatan rasuah dan rakyat asing boleh masuk kedalam negara kita dengan senang dan bebas terutamanya mereka yang ada rekod jenayah.
Atau sebenarnya mereka itu hanya melakukan kesalahan kecil saja, tapi terpaksa diambil tindakan dan dikaitkan dengan ISA supaya tidak diadakan perbicaraan terbuka kerana mahu menundung atau menutup sindiket yang dilakukan oleh orang yang lebih besar dan berkuasa. Ertinya hendak menutup bahawa kebocoran dan ketirisan memang berlaku kerana ada sindiket terancang di KLIA.?
No comments:
Post a Comment