Tuesday, August 2, 2011

Kakitangan Imigresen disarankan

Kenapa Pegawai Imigresen tidak dipertanggongjawab sepenuhnya bagi mengambil 'chop jari' (Biometrik) pendatang tanpa izin bagi menjayakan program 6P yang dikenali progrem PEMUTIHAN bermula sejak semalam.

Sedangkan Pegawai Imigresen diarah turun kepejabat-pejabat Syarikat yang dipilih untuk menguruskan membuka Biometrik pendatang tanpa izin dengan membenarkan kutipan sekitar RM335.00 setiap orang. Sedangkan kerja mudah itu boleh dilakukan oleh pegawai Imigrasen.

Sepatutnya inilah masanya KDN ataupun Jabatan Imigresen memberi peluang kepada kakitangan mendapat pendapatan tambahan dengan memberi elaun yang lumayan bagi menambah inisiatif kepada kakitangannya bagi mengelak jenayah rasuah berlaku.

Syarikat yang mendapat anugerah daripada KDN dengan hanya membentang kain rentang boleh memunggut wang daripada pendatang tanpa izin ialah sebanyak lebih daripada RM1 Billion sehingga habis mengambil Biometrik sekitar 3 juta orang.

Sekiranya kerajaan mengambil daya inisiatif mengambil sendiri Biometrik dengan melantik pegawai dan kakitangannya turun kebawah seperti yang dianugerahkan kepada Syarikat yang terpilih, alangkah gembiranya kakitangan Imigresen apabila ada elauan yang lumyan daripada hasil kerja dan tugasnya untuk memberishkan negara ini dari dilimpahai oleh pendatang tanpa izin.

Sekiranya Jabatan Imigresen tidak cukup kakitangan, jabatan itu boleh mengambil belia menggangur atau pun pelajar pengajian tinggi yang tidak mempunyai pekerja sebagai kakitangan sementara dengan memberi elaun yang lumayan. Maksud elaun yang lumayan ialah wang hasil daripada kutipan boleh diberi sebagai elaun 'harian' yang tentunya dapat melapangkan dada mereka daripada kesempitan hidup buat sementara waktu.

Cuba bayangkan sekiranya 10,000 orang kakitangan dikerah mendapatkan biometrik daripada pendatang tanpa izin ianya boleh dilaksanakan mencapai seramai paling kurang 100,000 orang sehari, dengan hanya mengambil masa 1bulan saja semua pendatang tanpa izin yang berada dinegara ini dapat diambil biometrik dan pegawai yang ditugaskan akan mendapat lebih kurang RM30 ribu sebulan sekiranya mereka itu dibayar elaun khas sebanyak 30% hasil daripada kutipan yang dikenakan sebanyakan RM335.00 tiap seorang seperti apa yang dikenakan pada hari ini.

Inilah yang dikatakan sebuah Kerajaan yang prihatin kepada kakitangan yang menjalankan tugas. Hari ini pegawai Imigresen diarah turun ke Syarikat yang dapat surat atau pun lesen bagi memunggut wang daripada pendatang tanpa izin tapi hasil daripada itu tidak dapat dinikmati ataupun dikecapi oleh pegawai yang diarah menjalankan tugas. Apa yang pegawai Imigresen itu dapat hanya melihat wang hasil daripada tugasnya lalu didepan mata dan masuk poket mereka yang goyang kaki kerana ada 'line' dengan menteri.

Disini adalah jelas kegagalan Hishamuddin menjaga kebajikan pegawai Imigresen kerana apa yang didapati kebanyakan Syarikat yang dapat lesen memunggut wang biometrik daripada pendatang tanpa izin itu ialah Syarikat yang permohonannya mendapat sokongan ataupun melalui pegawai di pejabat Hishamuddin dan kroni-kroninya.

Kerja yang tak ada hasil disuruh budak-budak Imigresen lakukan di pejabat-pejabat Imigrasen diseluruh negara tapi KDN tidak cuba memikirkan bagaimana boleh memberi inisiatif kepada anak buahnya supaya apabila ada peluang rezeki diberi untuk dapat dirasai bersama. Kerana syarikat yang dianugerah untuk mengutip wang daripada pendatang tanpa izin itu pun bukan mahir sangat untuk melaksanakan program 6P itu, ada juga syarikat yang dikepalai oleh warganegara Bangladesh dengan mengunakan kelulusan memunggut wang pendatang tanpa izin dari syarikat yang pengarahnya adalah seorang bekas menteri UMNO.

Malaysia Boleh, tapi kenapa tidak boleh untuk kakitanga Imigresan. Kerja bagai nak 'mamp' tapi
hasil dirantah oleh kroni kerajaan dan warga asing yang dibanggakan oleh bekas menteri UMNO dan ada juga bekas pegawai kerajaan.

Sudah sampai masanya Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Imigresen memikirkan undi mereka pada PRU 13 nanti diberi kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana sudah jelas Kerajaan BN tidak sayangkan kepadanya dan lebih sayang kepada warga asing dan kroni.

2 comments:

LutiNamRon said...

Haha...masih tak faham lagi, isunya bukan sebab 6P..6P hanyalah umpan, yang sebenarnya 6P adalah modal permulaan melalui deposit dari syarikat agen pengurus untuk pembekal sistem biometrik (kroni peringkat tertinggi - ini cerita bilion-bilion punya bro) yang telah dipasang dipintu-pintu masuk tapi kerajaan masih belum membayarnya lagi. Itu saja. Nostradamus meramalkan: 1. Banyak syarikat akan gigit jari sbb tak dpt volume bagi balik modal apatah lagi Imigresen buka kaunter free.
2. Mungkin ada company pergi kutip jari PATI di Jakarta atau Citagong atau mana-mana sahaja untuk balik modal...hahaha (so angka 3 juta mungkin akan bertambah)
3. PATI apa guna pergi ke syarikat kerana lepas ni biometriknya akan hancus tak serasi dan gagal jadi macam kes biometrik sebelum ini

Walau apa pun ini semua hanyalah untuk kutip duit sahaja ianya tak pernah diuji sebelum dilaksanakan itu pasal kelam kabut, Syarikat pembekal adalah syarikat cap ayam RM 2 yg baru tubuh tu...

zeme said...

Salam Tuan Hj,

Kenapa perlu pemutihan PATI secara pendaftaran Biometrik walhal kita mengetahui PATI adalah golongan yang perlu kita tangkap dan humban keluar negara dari Malaysia. Kita perlu bertegas dalam memerangi isu ini, jangan sampai satu masa nanti anak cucu kita berjirankan warganegara asing dalam satu kawasan taman perumahan.

Kenapa perlu kita sewenang-wenangnya begitu bermurah hati memberikan kerakyatan kepada warganegara asing, MyPR kepada MyKAD dengan melambakkan lagi warganegara asing di tanahair Malaysia dan yang lebih parah mendaftar dan membenarkan mereka menjadi pengundi dalam sistem pilihanraya kita. Apakah ini jelas kezaliman menindakkan hak warganegara Malaysia kepada warganegara asing?

Isu Mismah (640704715238) yang pada awal pagi pemegang MyPR, petangnya pemegang MyKAD dan seterusnya automatik termasuk dalam pemprosesan daftar pengundi dalam SPR menunjukkan betapa kezaliman telah menjalar dalam sistem pemerintahan negara kita. Silalah rujuk butiran tersebut sebagai penjelasan terperinci.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4675-suruhanjaya-perlu-siasat-pagi-mypr-petang-mykad#.TjibciI2gfg.blogger

Ya Allah, jauhkan negaraku, tanahairku tercinta dari anasir-anasir kezaliman. Wasalam.