majlis berbuka puasa dirumah setiausaha politik perdana menteri, utusan melaysia melapurkan dihadiri 2000 orang?
Dua peristiwa berlangsung yang dikejutkan dengan berita 'kehebatan UMNO Kelantan' dalam bulan Ramadhan ini. Pertama kenyataan Mustapha Mohamed bahawa UMNO Kelantan akan adakan simulasi Pilihanraya (pilihanraya olok-olok) pada bulan September ini dan yang Kedua ialah berita kehadiran seramai 2000 orang dimajlis berbuka puasa dirumah Fatmi Che Salleh, Setiausaha politik Perdana Menteri Malaysia.
Maksud dikejutkan ialah apabila UMNO Kelantan hanya baru bersungguh untuk mengetahui kelemahan partinya dan akan memperbaiki kelemahan. Pada hal sudah lama UMNO Kelantan lemah apabila rakyat telah menolak UMNO secara terbuka termasuk pemimpin UMNO diperingkat Bahagian.
Simulasi itu adalah salah satu cara bagi UMNO Kelantan untuk menghabiskan wang selain program Juara Rakyat yang sudah hilang serinya sejak Allahyarham Mat Yassin Saat, Bekas Setiausaha Kerja UMNO Negeri Kelantan meninggal dunia. Itulah peluang untuk para pemimpin mendapat peruntukan yang mana ahli-ahli yang bersungguh membuat kerja akan 'menjilat jari'.
Lebih parah lagi apabila majlis muzakarah persiapan menghadapi PRU 13 dihadiri oleh Alwi Che Mat, Setiausaha BN Negeri yang tidak ada langsung perancangan bagaimana untuk menyakinkan rakyat Kelantan supaya menyokong BN dalam PRU 13. Alwi dikatakan gagal menghidupkan program BN Kelantan kearah persiapan pilihanraya, tidak seperti dizaman Kamaruddin Abdullah (Abang Din) bertugas di pejabat BN pada tahun 2004 yang mana pada waktu itu Kerajaan PAS hampir tumbang.
Kata beberapa orang pemimpin UMNO Kelantan, kesilapan besar Tok Pa bagi persiapan pilihanraya umum ke 13 ini ialah kerana melantik Alwi Che Mat sebagai Setiausaha BN yang mana Alwi dilihat tidak mempunyai kemampuan untuk mengerakkan jentera BN diseluruh negeri Kelantan kerana salah satu sebabnya Alwi pun banyak masaalah di Bahagiannya di Ketereh apabila dikatakan sudah tidak sebulu dengan Anuar Musa, Ketua UMNO Bahagian.
Seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian berkata, sejak Alwi jadi Setiausaha BN, tidak ada apa pun yang dibuat bahkan seperti BN tidak ujud di Kelantan, apa yang ada hanya aktiviti yang dianjurkan oleh UMNO sahaja. Sedangkan dalam PRU lambang BN lah yang akan diguna, oleh itu bagi menyemarakkan BN Kelantan adalah elok Tok Pa memikirkan untuk mencari orang lain bagi mengganti Alwi Che Mat, ujar Ketua Pemuda tersebut.
Kejutan satu lagi pula ialah apabila Utusan Malaysia melapurkan 2000 orang hadir di majlis berbuka puasa Fatmi Che Salleh, itu adalah tidak patut kerana Fatmi Che Salleh adalah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia dan juga Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu. Sepatutnya kehadiran lebih daripada itu kerana dikalangan ahli-ahli UMNO dan kakitangan kerajaan persekutuan dan JPP termasuk para guru-guru yang terdapat di Kota Bharu lebih daripada 5000. Adalah tidak masuk akal mereka itu tidak hadir berbuka puasa dirumah Ketua UMNO Bahagian yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri.
Apakah dua peristiwa tersebut petanda awal UMNO Kelantan tidak mampu menolak PAS dalam PRU 13 nanti.
No comments:
Post a Comment