Thursday, August 4, 2011

Edahnya 40hari.


Mereka itu bekas Menteri dan bekas MP UMNO. Jangan pandang ringan. Sekiranya betul apa yang ditulis oleh Mohd Sayuti Omar (MSO) dalam blognya yang bertajuk, 'PENAWAR Desak Najib Letak Jawatan?' memang ada yang tak kena berlaku dalam UMNO.

Dato' Aziz Shamsuddin, Dato' Mokhtar Hashim, Aziz Yassin dan Mohd Tamrin Ghafar adalah nama-nama yang sentiasa disebut dalam persada politik UMNO, mereka ada pengikut dan masih aktif secara diam diam bagi merenung nasib UMNO dibawah pimpinan PM Najib.

Mereka itu sayangkan UMNO dan boleh jadi mereka sudah tidak sanggup melihat kemungkaran berlaku didepan mata maka mereka terpanggil untuk berbincang mencari kata sepakat bagi menentukan UMNO tidak akan tumPAS dalam PRU 13 nanti.

Ramai ahli ahli UMNO sekarang tahu dan sedar bahawa nasib UMNO dalam PRU 13 akan kecundang dengan gelagat kepimpinan Najib bersama isterinya Rosmah, tapi mereka terpaksa membisu kerana takut tidak dipilih menjadi calun pilihanraya terutamanya Ketua Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen ataupun Ahli Dewan Undangan Negeri.

Mereka bercakap dibelakang tapi didepan mereka mencium tangan dan membongkok seakan-akan Najib akan menjadi Perdana Menteri selama-lamanya, mereka lupa bahawa mahyuddin selaku Timbalan Perdana Menteri layak jadi Perdana Menteri diatas sifatnya sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Yang berani adalah Presiden MIC Palanivel, dari seorang Senator kini telah dilantik sebagai Menteri oleh Najib kerana mengambarkan kaum India tidak akan menyokong BN dalam PRU 13 ini, walau pun partinya tidak menyumbangkan banyak kerusi tapi MIC dapat jawatan 2 Menteri dan 2 Timbalan Menteri.

Sebenarnya bukan PENAWAR saja yang tak suka Najib jadi Perdana Menteri, ramai lagi ahli-ahli UMNO sedang menanti perletakan jawatan oleh Najib yang sedang menunggu untuk berpesta terutamanya genarasi muda yang sedang merasa mereka disisihkan apabila mengenang nasib Ketua Pemudanya iaitu Khaity Jamaluddin tidak diberi penghormatan oleh Najib.

Ahli-ahli UMNO kini sedang menanggong malu terutamanya isu terbaru iaitu kegagalan SPR dan JPN memberi penjelasan yang memuaskan rakyat berhubung dengan pendatang mendapat Kad Pengenalan dan didaftarkan sebagai pengundi. Ini menunjukkan dakwaan pihak Pakatan Rakyat (PR) terdapat undi hantu adalah benar.

Hishamuddin pula terlalu gairah untuk mengambil Biometrik rakyat asing yang berada di Malaysia yang tentu akhirnya yang haram akan jadi halal, tak terkira nanti berapa ramai warga asing yang datang untuk merompak, merogol, mencuri, membunuh, meragut, menipu akan diberi visa untuk membolehkan mereka berada dinegara ini dengan selamat.

Kita bukan hendak mengata tapi lihat nanti.

No comments: