Sunday, June 14, 2009

'merincis akar'

Zaid Ibrahim menyertai PKR, tidak mengejukkan kerana semua orang politik UMNO tahu bahaw Zaid Ibrahim tidak akan berada bersama Dato' Najib dalam UMNO, Faktor UMNO Bahagian Kota Bahru membuat Zaid Ibrahim sanggup meninggalkan UMNO, ini tidak menjadi rahsia lagi, walaupun dulu Zaid Ibrahim pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu.

Dato' Fatmi yang juga Setiausaha Politik Dato' Najib telah menyakinkan ahli-ahli UMNO Bahagian Kota Bharu bahawa Zaid Ibrahim tidak lagi mampu membawa kekuatan kepada parti UMNO dengan itu ahli-ahli UMNO menolak Zaid Ibrahim daripada menyertai sama dalam kepimpinan UMNO Bahagian dengan tidak menbenarkan Zaid Ibrahim cukup pencalunan untuk bertanding Ketua Bahagian dalam pemilihan yang lalu.

Di Kelantan tiga orang ini iaitu Annuar Musa, Ibrahim Ali dan Zaid Ibrahim adalah sangat terkenal dengan sepak terajang politiknya, pada satu ketika Tok Pa (Dato' Mustapha Mohammad) hampir tersungkur jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri kerana permainan politik. Kini dua daripada tiga oerang itu sudah tidak berada dalam UMNO lagi, kini tinggal Annuar Musa saja itu pun sudah hendak disidai dihujung pagar sebagai kain buruk yang sekali sekali akan dijadikan kain pengesat kaki, apatah lagi orang no.2 dalam Bahagiannya sendiri sedang merincis akar.

Walau pun PAS Kelantan kini berada dalam keadaan bahawa diwartakan bertaraf bahaya namun UMNO tidak ada "pembantu juragan" untuk menyakinkan rakyat supaya mengubah sokongan untuk menyokong UMNO bagi menumbangkan kerajaan PAS yang sudah jelas lemah dan lembik itu.

Gerak kerja UMNO hari ini tidak nampak boleh memikat hati rakyat, masih dalam era lama, mahu buat sesuatu mesti diumumkan melalui media, akibatnya UMNO umum, PAS yang melaksanakan seperti apa yang berlaku di Manik Urai dalam sehari dua ini,keputusannya rakyat akan terus menyokong PAS.

Manik Urai boleh dijadikan kawasan tempat ujian untuk UMNO, bagaimana dari kalah boleh menjadi menang, dari kalah besar boleh jadi menang besar, itulah yang ditunggu-tunggu oleh rakyat negeri Kelantan, tak payah cakap Manik Urai akan menjadi kawasan DUN contoh apabila UMNO menang, kalau nak dijadikan kawasan contoh semua kawasan yang UMNO dah menang harus dilipat gandakan pembangunan supaya kawasan tersebut boleh mengalahkan bandaraya KOTA BHARU itulah yang patut jadi contoh kemampuan pemimpin UMNO untuk menjadi pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan apabila UMNO menang dan berkuasa nanti

Mampukah, Tok Pa, Awang Adik, Nor Zaidi, Hanafi Mamat, Dali Husein, Fauzi, Zawawi, Romzi, Tg.Razaleigh, Annuar Musa, Fatmi Salleh, Abdullah (Dollah Wong) Ikhmal, dan Jazlan, menumbangkan Kerajaan PAS di Kelantan dalam pilihanraya yang ke 13 nanti, yang jelas hari ini product UMNO Kelantan masih ditakot lama, barang baik, tapi penjualnya orang tidak percaya kerana 'KRONI' masih menjadi amalan mereka.

No comments: