Saturday, June 13, 2009

Siapa akan malu !!!

Sah. YAM Tengku Temenggong Kelantan telah membuat lapuran polis berhubung percakapan Bohong oleh Desy Fajarina dan Isterinya Manohara yang berunsur Fitnah mengikut seksyen 500 kanun keseksaan yang boleh dihukum PENJARA maksima selama 2 tahun penjara, ataupun denda atau pun kedua-duanya sekali sekiranya didapati bersalah.

Ekoran lapuran polis itu, tindakan lain juga akan diambil termasuk mengadakan bukti palsu dengan menyebarkan gambar-gambar yang tidak disahkan oleh ahli Foransik dengan menuduh kecederaan dalam gambar itu adalah tanda penyiksaan yang dilakukan oleh TT. Dakwaan juga akan dibuat terhadap mereka-mereka yang bercakap bagi pihak Manohara dan Desy Fajarina dengan niat memfitnah dan mengaibkan TT.

Bukan "HOTMAN" saja boleh bermaharajalela untuk bercakap bagi pihak Manohara dan Desy Fajarina, aku juga mampu bercakap bagi menjunamkan hujah yang diselimuti penipuan yang telah dihujahkan "HOTMAN" itu. Baru kenal tak sampai seminggu, siapa itu Desy Fajarina dan Manohara dah nak jadi jaguh walhal hujahnya itu seperti bicara seorang budak kampungan yang masih berhingus, tidak profesional langsung, bercakap menjerit-jerit dan terlolong-lolong. Maaf sekiranya terkasar pak.

Lapuran dalam Detik.Com ada mengatakan, Dari Visum luar diketahui ada luka sayatan di sekujur tubuh Manohara, antara lain di punggung, dada dan paha. Forensik sendiri tidak yakin bahawa ada silet-silet didada Manohara kerana dia tahu, dia tidak akan dapat membuktikan kebenaran dengan hanya membuat pemeriksaan di hotel tanpa alat-alat kepakaran sebagai seorang Forensik yang bertauliah.

Visum luar adalah ertinya tidak sahih, yang anehnya bukan Dr.Forensik yang mengiakan lapuran Visum tapi "HOTMAN" yang lebih-lebih, dialah jadi pengacara, dialah jadi pendakwa, dialah jadi doctor dan dialah jadi hakim yang menjatuhkan hukuman 72 tahun penjara terhadap TT apabila didapati bersalah.

Sebagai seorang pengacara Profesional sepatutnya menasihati Manohara supaya memohon maaf secara terbuka terhadap KBRI di Kuala Lumpur diatas tuduhan yang dibuat dengan mengatakan "KBRI menerima RASUAH" dari pihak Istana Kelantan, jangan membiarkan Manohara terus deman kerana sentiasa melakukan pembohongan kepada publik.

Berlaku jujurlah semuga jiwa Manohara yang masih muda jelita itu tidak dihanyut oleh penderitaan yang dikesan kerana menuruti skrip Desy Fajarina. Potensi Manohara untuk menjadi aktres yang popular masih ada, bakat lakunannya besar, watak apa diberi peranan akan dapat dia lakunkan asalkan dibayar secukupnya.

Filem pertamanya harus diberi judul 'belayar malam' kerana malam itu adalah alam yang kelam yang tidak ada siapa dapat melihatnya kecuali TT dan Manohara dapat merasakan. Pelayaran itu sebenarnya kemana?.

No comments: