Wednesday, June 3, 2009

Salihah patut dibantu, bukanya Manohara palsu.

Salihah mohon rakyat INDONESIA bangkit membantu beliau yang diseksa dan didera.

Terima Kasih kepada anda yang mengikuti blog saya ini, saya tidak merasa apa-apa diatas komen anda itu dalam cbog, hinalah saya, cacilah saya itu semua tidak menjadi kudis gatal kepada saya, kerana saya berpegang kepada kepercayaan, bercakap benarlah walaupun pahit dan saya akan terus membongkar kisah-kisah yang boleh dijadikan pengajaran kepada kita terutamanya rakyat Indonesia dan Malaysia yang menerima bulat-bulat berita yang diucapkan oleh mereka yang tidak bermoral seperti Dasiy Fajarina.

Seperti yang saya selalu sebut, setiap tuduhan hendaklah disertakan dengan bukti-bukti,tuduhan tanpa bukti bererti tuduhan palsu dan ianya merupakan satu FITNAH, dalam kemelut TT dan Manohara unsur fitnah yang dibuat oleh Manohara adalah ternyata benar apabila tidak ada bukti ditunjukkan. Manohara agaknya sedang mencari dactor pakar yang boleh bersekongkol dengannya untuk membuat tuduhan palsu terhadap TT.

Mana mungkin setelah beberapa hari berada di Jakarta, Manohara tidak ke dactor kerana beliau perlukan rawatan akibat di Silet-Silet dan didera. tapi Manohara kelihatan sihat dan gembira apabila bertemu media. Apakah cerita beliau di dera itu hanya rekaan kerana beliau gagal untuk membuktikan melalui pakar perubatan. Dan masih percayakah anda kepada Manohara dan Dasiy Fajarina bercakap tanpa bukti. Bagaimana?

Saya tidak akan memberi keutamaan pasal isu Manohara di blog ini lagi kerana sudah jelas dan terbukti apa yang diucapkan oleh Manohara dan Dasiy Fajarina itu adalah tuduhan palsu serta satu PEMBOHONGAN dan FITNAH dan saya akan mempaparkan kisah seorang rakyat Indonesia yang disiksa dan didera oleh Dasiy Fajarina yang bernama SALIHAH.

No comments: