Tuesday, June 23, 2009

Kecewa tapi KAYARAYA.

Dua orang 'tokoh' yang satu ketika dulu menguasai MARA HOLDINGS Sdn. Bhd, semalam telah jatuh kecewa. Ibrahim Ali kecewa kerana usul beliau yang dibawa di parlimen berhubung pinjaman biasiswa bumiputra di tolak oleh spekar dewan rakyat dan Nazmi Salleh telah secara rasminya bercerai dengan isterinya dengan talak satu (baca berita utusan malaysia hari ini).

Ibrahim Ali adalah Ahli Parlimen Pasir Mas yang menjadi wakil bebas tunggal di parlimen, beliau adalah juga Presiden PERKASA yang baru-baru ini telah membawa Ahli Jawatankuasanya ke Pejabat Dato' Najib untuk tujuan kunjung hormat tapi tidak berikrar akan berdiri teguh di belakang Dato' Najib bagi memperkasakan "Satu Malaysia, Rakyat Di Utamakan". Yang ku dengar Dato' Najib ada sedikit kecewa tapi gembira?.

Semasa MARA HOLDINGS Sdn.Bhd diswastakan, Ibrahim Ali diberi saham yang banyak oleh Tun Mahathir Mohamed, Bekas Perdana Menteri Malaysia bersama Nazmi Salleh. Mereka berdua menguasai MARA HOLDINGS, sebuah syarikat KERAJAAN yang dianugerahkan kepada mereka dengan bayaran teramat MURAH, boleh dikatakan KAYA SERTAMERTA.

Tapi sekarang MARA HOLDINGS telah ditukar nama kepada NADI CORP. Sdn. Bhd. Yang dikuasai oleh Nazmi Salleh seorang, Ibrahim Ali telah melepaskan pegangannya dan tentu dapat pulangan yang lumayan. Alhamdulillah kata Ibrahim Ali.

Pada hakikatnya kehidupan mereka berdua tidak kecewa, mereka ada wang yang cukup, apa yang mereka mahu sudah pasti akan mereka dapati, mereka dapat rezeki 'tersepak', Mahathir Mohamed beri rezeki pada mereka, kakitangan yang sejak mula MARA HOLDINGS ditubuhkan berkerja bertungkus lumus hanya dapat gaji untuk menyara hidup anak bini dan ada pula yang disuruh berhenti, yang ku dengar masih ada kes di mahkamah yang mana bekas pekerja buat tuntutan terhadap MARA HOLDINGS/NADI CORP. Sdn.Bhd.

Dalam hal MARA HOLDINGS atau NADI CORP. Sdn. Bhd ini orang yang paling kecewa adalah aku. Sudah 16 tahun menunggu, walaupun BERJAYA dan MENANG tapi hasilnya belum kedapatan. Apakah ini yang diperibahasakan "berakit ke hulu, berenang ketepian" tapi untuk apa apabila "rumah kata pergi, kubur kata mari".

No comments: