Monday, June 29, 2009

Rompakan berteknologi tinggi bernilai RM1billion?

Pilihanraya kecil Manik Urai akan merubah suasana politik dalam negeri Kelantan, kerana banyak isu yang boleh dikembangkan untuk didedahkan kepada rakyat bagi ikut sama memberi pendapat dan pandangan dan seterusnya akan menjadi pegangan untuk diterjemahkan pada pilihanraya umum yang dijangka akan berlangsung dalam masa 30 bulan kedepan.

Tentunya kedua-dua parti yang akan bertanding nanti akan mengumpul isu-isu yang boleh mempengaruhi pengundi Manik Urai bagi menyokong calun masing-masing dan tentunya soal Ugama dipanjangkan oleh PAS bagi menyakin masyarakat Islam untuk terus menyokong parti PAS yang senonim dengan slogan 'MEMBANGUN BERSAMA ISLAM' walau pun slogan ini telah tidak dipertikaikan lagi oleh rakyat.

UMNO pula tentunya akan membangkit isu-isu pembangunan termasuk membuka tanah rancangan untuk penempatan rakyat bagi meneruskan liku-liku hidup dalam satu masyarakat yang disusun untuk meneruskan masa depan yang lebih baik dan lebih yakin disamping melaksanakan projek 'SEGERA' yang tentunya memberi keuntungan kepada kontraktor dan orang politik UMNO setempat.

Yang aku dengar dalaman UMNO dan PAS ada sedikit masaalah berhubung dengan pemilihan calun, diharap isu itu tidak menjadi masaalah besar kepada kedua-dua parti apabila menjelang penamaan calun maka berakhirlah isu itu dan yang akan dibincang oleh orangramai nanti siapakah yang paling layak untuk dinobatkan sebagai wakil rakyat dikawasan Manik Urai nanti.

Dalam pilihanraya ini tentunya wang menjadi topik dikalangan penyokong UMNO, dah jadi semacam budaya tanpa wang tak ada kerja, tanpa wang poster tak naik, tanpa wang jentera tak jalan, semuanya tunggu wang, cepat sampai wang cepat kerja, habis wang habis kerja, itulah yang akan terjadi nanti. Kalah UMNO bukan kerana orangramai tak sayang UMNO tapi orang UMNO sendiri bikin supaya pengundi tak suka pada UMNO.

Lain dengan PAS, penyokongnya cari wang untuk diisi dalam tabung, setiap kali pemimpin PAS berceramah maka penuhlah bag plastik diisi dengan wang, pemimpin dapat wang, calun dapat wang dan penganjur dapat wang, berlainan dengan UMNO yang mana wang kena dikeluarkan untuk mendapat sokongan.

Isu yang akan menarik dalam Pilihanraya Kecil Manik Urai nanti yang akan dibawa oleh PAS adalah isu royalti MINYAK yang sepatutnya dapat kepada Kerajaan Kelantan hampir RM1billion. tentunya isu ini dikaitkan dengan rompakan berteknologi tinggi, hasil negeri tidak diagihkan kepada rakyat. Rakyat Kelantan dipinggirkan dalam arus pembangunan kerana hasil yang sepatutnya dapat dinikmat oleh rakyat kelantan tidak disalurkan secara adil oleh Kerajaan Pusat yang diterajui UMNO.

Inilah yang akan diperjuangkan oleh PAS dalam era ini.

Sementara UMNO akan buat lembu kenyang, salak bukit tidak runtuh, desakan oleh PAS tidak akan dilayan kerana kalah ataupun menang dalam pilihanraya kecil Manik Urai tidak membekaskan apa-apa, tidak boleh merubahkan Kerajaan sama ada negeri ataupun pusat, pilihanraya kecil ini boleh dianggap sebagai PESTA kempen untuk menindakkan diantara satu sama lain.

Walau bagaimana pun UMNO perlu menang kali ini, menang bagi menafikan bahawa UMNO sudah tidak relevan lagi di Kelantan, menang bagi menunjukkan sokongan rakyat kelantan terhadap PAS sudah berubah, menang bagi menyatakan UMNO masih kuat kerana dapat mengalahkan PAS dalam lubuknya sendiri. Menang kerana Annuar Musa tidak lagi menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, menang kerana Ibrahim Ali secara senyap menyokong UMNO, menang kerana bukan orang ROMZI jadi calun. Menang kerana Tok Pa pandai tadbir UMNO Kelantan.

Dan sekiranya UMNO masih KALAH maka Tok Pa kena ubah pentadbiran UMNO Kelantan, susun sebagaimana kemahuan cinta rasa rakyat untuk melihat UMNO akan mendapat sokongan mejoriti rakyat. Ini boleh dilakukan sekiranya Tok Pa dan pemimpin UMNO lain di Kelantan tidak meninggi diri dan "EGO" melampau.

Kepada aku, perlantikan jentera parti yang bergaji akan menghancurkan UMNO Kelantan dengan cepat dan mengakibatkan ahli UMNO sendiri akan muak kepada partinya. Kaji dan bertindaklah sebelum terlambat.

No comments: