Thursday, June 4, 2009

Kerana mempertahankan maruah seorang sahabat.

Istana Kelantan membuat penjelasan

Untuk terakhirnya, saya ingin menjelaskan memang benar bahawa apa yang saya bercakap dan menulis berhubung kisah Tengku Temenggong Kelantan dengan Manohara adalah atas sifat peribadi saya sebagai seorang hamba Allah yang mengetahui benar akan kisah perhubungan mereka berdua dari mula pertemuan sehinggalah Manohara pulang ke Indonesia bersama ibunya pada 31.5.2009 melalui Singapura.

Tidak pernah dalam tulisan dan percakapan saya dimana-mana, saya mengatakan saya adalah Jurucakap Istana yang saya menyebut ialah saya adalah Sahabat Karib Tengku Temenggong dan saya mendapat keizinan daripada beliau untuk mengunakan perkataan 'Sahabat Karib'.

Oleh kerana banyak pertanyaan dari media Indonesia dan Malaysia ingin mengetahui kisah sebenar apa yang berlaku di Singapura dan berkebetulan saya berada disana berhubung dengan dakwaan media bahawa Manohara berjaya melarikan diri dari suaminya di Singapura, saya hanya sekadar ingin perbetulkan kenyataan iaitu sebenarnya Tengku Temenggong tidak menghalang Manohara pulang ke Indonesia dan kepulangan Manohara dalam pengetahuan Tengku Temenggong dan beliau mengizinkan.

Kenyataan Abdul Halim, Pengelola Istana Kelantan yang dipetik dalam Malaysiakini hari ini menyebut " beliau telah diarah membuat penjelasan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Mohd Soberi Shafii teman karib Tengku Muhamed Fakhry adalah pandangan peribadi dan bukan pandangan rasmi Istana Kelantan". Maka adalah jelas setiap perkataan dan tulisan saya bukan disuruh oleh sesiapa pun.

Dengan kenyataan itu, adalah diharapkan semua pihak akan faham. Yang saya tidak faham adalah kenapa ada orang yang mengelar dirinya sebagai jurucakap Istana Kelantan tapi apabila Tengku Temenggong di FITNAH dia diam seribu bahasa. Termasuklah Kerajaan Negeri Kelantan juga tidak berbuat apa-apa.

No comments: