Tuesday, July 7, 2009

Desy Fajarina "Manusia" atau apa?

Terkejut 'beruk' aku apabila membaca Malay Mail semalam berhubung kenyataan bekas suami Desy Fajarina, ayah asli Manohara dan bapa mertua Tengku Temenggong. Beliau menceritakan siapa Desy Fajarina, orang yang memakai susuk untuk kelihatan cantik dan sentiasa muda, orang yang telah menolak Ugama, orang yang tidak percaya Tuhan, orang yang menggunakan ilmu hitam, orang yang paling jahat yang pernah aku jumpa setakat hari ini.

Bukan saja setakat ada ilmu hitam, Desy Fajarina juga telah mengunakan Manohara untuk bertindak terhadap TT, dipaksanya Manohara supaya bercakap BOHONG, sebagai contoh apabila ada program live SCTV antara aku dengan Manohara, Desy Fajarina sibuk disebelah untuk mengajar Manohara supaya menjawab soalan aku. Apa yang aku tanya lain pula yang dijawab Manohara.

Kini apabila kisah hidup sebenar Desy Fajarina didedahkan oleh Salihah dan George Manz, Desy Fajarina tidak membuat road show di media untuk menjawab tuduhan terhadap dirinya, bahkan peguam handalan beliau Hotman sudah berlibur di London tinggalkan Desy Fajarina dan Manohara begitu juga dengan Pahlawan Melayu Indonesia Datuk Kadar Shah pun hilang entah kemana setelah pihak Persatuan Kerabat Kelantan menafikan bahawa beliau bukan kerabat Kelantan.

Kisah TT dan Manohara nampaknya akan lebih menarik setelah tidak ada kemunculan peguam/pengacara disaat Manohara memerlukan pembelaan diatas tuntutan yang telah diambil oleh TT iaitu tuntutan kembali taat dan wang sebanyak RM1 juta diatas pinjaman yang telah dibuat oleh Manohara. Berita yang mengatakan Manohara ada peguam/pengacara dari Malaysia nampaknya semacam ada kedustaan kerana sehingga saat ini tidak pernah muncul lagi peguam/pengacara yang dikatakan telah dilantik oleh Manohara.

Apakah Peguam/Pengacara tersebut juga hilang sebagaimana hilangnya Hotman Paris dan Datuk Kadar Shah orang yang sangat berjasa kepada Desy Fajarina walaupun latarbelakang kejahatan Desy Fajarina telah didedahkan oleh bekas suaminya dan bekas anak angkat/orang gaji paksaan Desy Fajarina.

Kepada mereka-mereka yang kebal dan baik dengan Manohara terutamanya rakyat Indonesia yang cintakan keadilan dan peka terhadap anak bangsa, tolonglah SELAMATKAN MANOHARA dari dinodai oleh Desy Fajarina supaya Manohara tidak terjerumus kelembah kehinaan dan kejejekan setelah tubuh muda diguling oleh perakus nafsu. Apabila wang menjadi raja, body akan dijaja dan saya takut Manohara jadi mangsa.

Sudah terbukti, Desy Fajarina tidak WARAS sebagai seorang manusia sekiranya pendedahan yang telah ditulis dalam akhbar Malay Mail pada hari jumaat lalu dan kelmarin berkaitan cerita Desy Fajarina, Ibu kandong kepada Manohara, dan Manohara kini tentunya batin juga terseksa kerana dijauhkan dengan TT.

No comments: