Tuesday, July 21, 2009

Esok, Rombongan Rakyat Kelantan ke Jakarta.

Yang ku dengar

Besok 22hb. Julai 2009, seramai 42 orang rakyat Negeri Kelantan akan ke Jakarta bagi memenohi beberapa jemputan NGO yang berpengaruh bagi bertukar-tukar pandangan dan mengeratkan lagi hubungan diantara bangsa Indonesia dan Bangsa Melayu Kelantan.

Rombongan tersebut akan berada di Indonesia selama tiga hari dan aturan padat telah disusun bagi merainkan rombongan dari Kelantan itu. Pemergian rombongan Kelantan sebenarnya tidak ada kena mengenakan dengan Isu Tengku Temenggong Kelantan dengan Manohara, Program lawatan tersebut sudah lama dirancangkan dan waktu inilah masa yang sesuai kerana negara Indonesia baru saja selesai mengadakan piliharaya umum.

Walau apa pun semasa berada di Jakarta tentunya orang Kelantan akan ditanya oleh rakyat Indonesia tentang kabar Tengku Temenggong dan yang pastinya ahli rombongan Kelantan juga akan bertanya kabar rakyat Indonesia, apakah rakyat Indonesia percaya akan cerita Desy Fajarina dan Manohara kerana sehingga kini tidak ada lapuran rasmi dibuat oleh Desy Fajarina dan Manohara terhadap Tengku Temenggong.

Sedangkan Tengku Temenggong telah membuat lapuran polis terhadap Manohara dan Desy Fajarina dan terbaru membuat tuntutan malu sebanyak RM105 juta terhadap Manohara dan Desy Fajarina. Inilah kesungguhan Tengku Temenggong untuk membersihkan nama baiknya daripada di Fitnah oleh Desy Fajarina dan Manohara.

Semuga dengan pemergian rakyat Kelantan ke Jakarta sekurang-kurangnya dapat melihatkan bahawa Kelantan tidak bermusuh dengan rakyat Indonesia, hanya segelintar rakyat Indonesia yang menjadi bodoh kerana percaya kepada cerita Fitnah Desy Fajarina dan Manohara yang berniat untuk bermusuh dengan rakyat Malaysia. Isu rumahtangga hendak dijadikan Isu Negara. Alangkah bodohnya itu. Dan rombongan Kelantan akan menceritakan tahap kegembiraan Manohara semasa berada di Negeri Cik Siti Wan Kembang selama 2 bulan setengah sebelum menurut desakan ibunya pulang ke Jakarta pada 31hb. Mei 2009.

Yang peliknya pula ada rakyat Indonesia begitu bersemangat mendukong Pinot (ayah tiri Manohara) yang telah baru keluar penjara kerana melakukan penyeksaan kepada bangsa Indonesia, sehingga sanggup diletakkan dibarisan depan dalam majlis yang berlangsung di Solo, pada hari jumaat lalu.

Selamat berangkat rombongan rakyat Kelantan ke Jakarta, Indonesia dan Selamat kembali dengan sempurna. Amin.

No comments: