Friday, July 24, 2009

Annuar Musa 'bankrupkan' politik UMNO Ketereh?

UMNO Bahagian Ketereh menangguhkan Persidangan Perwakilan daripada 25hb. Julai kepada 7hb. Ogos 2009 ini berlaku kerana apa yang ku dengar kerana buku penyata tahunan tidak dapat disiapkan seperti yang dijangkakan.

Perkara begini adalah perkara biasa dalam pentadbiran UMNO Bahagian Ketereh, Ketua Bahagian ada hak untuk melakukan apa saja kerana UMNO Ketereh sebenarnya sebagai harta pusaka kepada pemimpinnya. Itulah sebab UMNO Bahagian Ketereh berada dalam keadaan yang amat mantap, tidak ada siapa yang boleh mengugatnya, Dato' Najib Tun Razak pun tidak boleh membaikinya.

Yang ku dengar lagi ialah kekuasaan yang berada ditangan Pegawai Khas kepada Ketua UMNO Bahagian Ketereh, terlalu berkuasa sehingga Ketua Bahagian terpaksa tunduk dan akur diatas kemahuannya, sebagai contoh ialah perlantikan Penyelaras DUN Kadok, sudah tidak ada orang lain lagi yang boleh diberi amanah selain daripada Roslan Hamid bekas calun dan dilantik sebagai Bendahari UMNO Bahagian, kini sebagai Penyelaras DUN Kadok dengan bergaji RM4,000 sebulan, semua orang UMNO Ketereh tahu hubungan diantara Roslan Hamid dengan Pegawai Khas kepada Ketua Bahagian.

Dengar kabar Roslan Hamid tidak begitu bersetuju beliau dilantik sebagai Penyelaras sebab beliau merasa malu kerana jawatan itu bergaji sedangkan jawatan Bendahari sudah berat tanggongjawab untuk memperkuatkan parti. Takkanlah sebagai 'menteri kewangan parti' masih mahu mencari rezeki dengan mengambil gaji untuk berkhidmat kepada parti, tapi gara-gara dikecek oleh orang yang mempunyai pengaruh terhadap Ketua Bahagian kemungkin besar Roslan Hamid akan terima jawatan tersebut dan gaji sebanyak RM4,000 sebulan itu mungkinlah boleh diagih-agihkan.

Terdahulu daripada ini ada desas desus mengatakan jawatan Penyelaras akan diberi kepada Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian tapi disaat akhir telah bertukar kepada Roslan Hamid dan lebih menguatkan lagi kepercayaan bahawa Ketua Bahagian tidak dapat membuat keputusan yang lebih baik adalah kerana pengaruh Pegawai Khas kepada Ketua Bahagian lebih kebal daripada suara akar umbi terutamanya dikalangan wanita.

Siapa sebenarnya yang berkuasa di UMNO Ketereh, walau pun Annuar Musa kata dia adalah Ketua tapi keputusan tidak ditangan beliau, ada orang yang Annuar Musa takut, jadinya Alwi Che Mat kah, Ismail Latiff kah, hanya ada batu saja tapi tidak dapat berbuat apa-apa sedangkan mereka tahu bahawa keputusan yang Annuar Musa buat itu akan melemahkan parti.

Annuar Musa hanya pandai berpidato diakhir-akhir ini, contohnya cakap lain buat lain, seperti ucapan beliau dalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh yang lalu, beliau mengatakan bahawa akan ada tempat kepada bekas-bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dalam sususan pentadbiran parti untuk memperkuatkan jentera parti, tapi akhirnya ucapan itu tidak tertulis dalam buku penyata. Ertinya Annuar Musa berbohong kepada perwakilan UMNO Bahagian.

Ingatan kepada Annuar Musa, Alwi Che Mat dan Ismail Lattif, "JANGAN BANKRUPKAN UMNO KETERAH" dengan memberi kuasa kepada orang yang telah pun bankrup untuk terus berperanan merusakkan parti. Tahu sendirilah siapa?.

No comments: