Saturday, July 25, 2009

Sudah tak tahan dengan kerenah !

  • Yang Ku Dengar
Ucapan Annuar Musa semasa Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Ketereh kelmarin (24hb. Julai 2009) menjuruskan kepada penjelasan mengapa beliau tidak melantik dikalangan wanita sebagai Pengarah/Penyelia Pilihanraya bagi DUN Kadok.

Katanya, dia sayang kepada wanita, dia puji wanita kerana kerja kuat, bukan saja masa pilihanraya bahkan sepanjang masa, tidak melantik wanita sebagai Penyelaras atau Pengarah Pilihanraya bagi DUN Kadok tidak bererti beliau tidak mengiktifar peranan wanita selama ini, bahkan kerana percaya kepada peranan wanita seorang wanita dilantik sebagai Penghulu dalam DUN Kadok.

Itulah hebatnya Annuar Musa, mempunyai alasan yang kuat untuk tidak melantik wanita sebagai Pengarah DUN Kadok, dipujinya wanita didepan tapi janji tinggal janji. Harapan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Ketereh, Kak Yah untuk melihat wanita diberi peranan yang lebih mencabar dipandang dingin oleh Annuar Musa dan seperti biasalah alasannya tidak beliau yang tidak mahu kepada wanita tapi telah dibincang dengan beberapa orang rakan hasilnya Roslan Hamid dipilih sebagai pengarah DUN Kadok.

Perlantikan Roslan Hamid tidak disenangi oleh beberapa orang Jawatankuasa Bahagian terutamanya mereka yang berada dalam DUN Kadok, alasannya senang saja, Roslan Hamid telah diberi kepercayaan sebagai Calun BN dalam DUN Kadok pada pilihanraya yang ke 12 lalu tapi kalah teruk kepada PAS, kenapa tidak orang lain pula diberi peranan seperti Cik Gu Ghazali Jusoh, Basri Awang , Haji Pauzi Zakaria (Tok Gawa) Wan Ghani, Kak Yah (Ketua Wanita termasuk Pemuda).

Kalau kita kata Annuar Musa diktator dalam pentadbirannya, dia jawab mana ada, dia telah perturunkan kuasa kepada Timbalannya Alwi Che Mat, dia sentiasa terbuka mendengar pandangan semua pihak dan baru buat keputusan, wal hal sebenarnya keputusan berada ditangannya, mendengar pandangan hanya sekadar permainan politik lapuk,orang sudah tahu cara dan stailnya mentadbir UMNO Bahagian Ketereh.

Masa masih ada untuk Annuar Musa perbetulkan pandangan sebilangan besar ahli UMNO dalam DUN Kadok terhadap beliau bahawa keputusan yang beliau buat untuk melantik Roslan Hamid sebagai Pengarah DUN itu adalah hasil tekanan Pegawai Khas kepada Ketua Bahagian. UMNO untuk ahli yang bayar yuran bukan menjadi harta pusaka bagi pihak-pihak tertentu saja, jangan kerana hendak menjaga puak maka UMNO akan sentiasa lemah dan kalah setiap kali pilihanraya.

UMNO yang sudah lemah di Ketereh akan semakin lemah dengan cara menyisihkan orang-orang yang anggap tidak sebulu dengan puak Ketua Bahagian, puak Timbalan Ketua Bahagian, puak Pegawai Khas kepada Ketua Bahagian. Tidak sebulu kerana tidak mahu menjadi pak angguk kepada orang-orang tertentu, bercakap berterus terang dan menyampaikan perasaan ahli akar umbi kepada pemimpin Bahagian tidak disenangi, maka macam-macam alasan dicari untuk menyisihkan mereka.

Maka benarlah kata-kata Pemuda, Wanita dan Puteri bahawa dalam diam ada sekam sedang membakar dalam kepimpinan UMNO Bahagian Ketereh, kalau tidak diamat-amati ianya akan terbakar dan merugikan parti. Dan kepada pemimpin mereka itu tidak rugi kerana mereka sudah kaya raya, harta sudah bertimbun. Yang akan terhina adalah ahli-ahli diperingkat akar umbi kerana selalu kalah dalam pilihanraya disebabkan Pentadbiran UMNO Bahagian dikuasai oleh orang yang telah bankrup secara berselindung disebalik jawatan Pegawai Khas.

Apa pula inti ucapan Annuar Musa pada persidangan UMNO Bahagian Ketereh pada 7hb. Ogos nanti, dan apa alasannya menjemput YAB Menteri Besar Trengganu merasmikan persidangan nanti kerana Mat Said sendiri belum teruji kepimpinannya di Trengganu dan sedang menghadapi masaalah. Apakah kerana sebatang JALAN maka Mat said dijemput ke Ketereh?. Tanyalah Alwi Che Mat.





No comments: