Sunday, July 12, 2009

sakadar dok saja.

Tan Sri Muhyiddin datang lagi ke Manik Urai, Hari ini kabarnya akan membuat pengumuman penting. manakala Timbalan Presiden PAS Nasaruddin Isa sudah pun berada di Manik Urai walau pun dalam keadaan masih perlu rawatan dan ada juga yang memberi pandangan supaya beliau tidak turun berkempen di pilihanraya kecil ini.

Sahabat saya nampaknya emosianol apabila merujuk kepada tulisan saya berhubung sikap kurang ajar sepasang guru yang enggang membenar rumahnya dijadikan tempat pertemuan Menteri Pelajaran dengan mereka berdua suami isteri itu sambil makan malam dan mempamirkan rumah yang buruk yang didiami oleh orang tua yang mana hendak digambarkan bahawa pemimpin UMNO tidak prihatin kepada rakyat.

Walau pun sahabat saya itu tahu dan arif apa sebenarnya berlaku dalam pilihanraya kecil di Dun Manik Urai tapi ianya tersentuh apabila penyokong PAS menjadi sasaran sehingga mengambarkan UMNO adalah sebuah parti yang kejam. Sebenarnya pun sahabat saya itu tahu bahawa UMNO sebenarnya tidak kejam tapi orang yang diberi tugas selalunya bertindak kejam. Ini berlaku bukan saja dari parti UMNO tapi juga sedang berlaku dalam PAS dan Keadilan, Gerakan, MIC juga MCA dan semua kompenan BN.

Saya suka cara sahabat saya menulis tapi kadang-kadang terlebih. Hanya sekadar bertanya setelah Husam Musa, Ibrahim Ali dan Tok Guru Nik Aziz siapa pula selepas ini?. Maaf dan tidak ada ulasan dari saya selanjutnya dalam isu guru dan majikannya.

No comments: