Saturday, July 11, 2009

Janji Pilihanraya.

Beruntung benar rakyat sekiranya dalam negara kita ini diadakan pilihanraya kecil pada tiap-tiap bulan, kenapa tidak, kerana setiap kali ada pilihanraya kecil kedua-dua parti yang meletakkan calun untuk bertanding akan menghantar, bapa angkat, adik angkat, ibu angkat, anak angkat untuk menjaga kepentingan dan keperluan disetiap kampung dan desa untuk membantu parti masing-masing supaya memperolehi kemenangan.

Tentunya kehadiran keluarga angkat tidak 'kosong', mereka datang dengan berbekal sekurang-kurangnya bawa berus gigi supaya percakapan mereka itu tidak 'busuk mulut', yang keluarga angkat kaya, lebih lagi bekalan yang dibawa mungkin ada bawa pitih renyai-renyai (wang yang banyak) untuk mempastikan ditempat mereka jaga tidak putus bekalan, sekurang-kurang didesa itu penoh dengan poster dan malamnya meriah dengan lampu letrik yang beranika warna.

Hal yang menjadi tradisi ditiap tempat ada pilihanraya diantara parti UMNO/BN dengan parti dari pakatan rakyat,adalah kehadiran pemimpin negara dan pemimpin besar parti yang bertanding dan kehadiran pemimpin itu dengan membawa harapan kepada rakyat. Sekurang-kurangnya membawa janji.

Pemimpin Parti Pakatan Rakyat akan datang untuk memberi gambaran kepada rakyat bahawa parti kerajaan tidak melaksanakan tugas dan amanah untuk memimpin negara, isu rasuah masih lagi bergema dan tentunya menabur janji untuk menyakinkan pengundi untuk memberi undi kepada pihaknya.

Lain pula pemimpin parti kerajaan, mereka datang dengan membawa peruntukan untuk dilaksanakan dikawasan tersebut, sama ada projek segera ataupun mengumumkan projek dimasa akan datang, mereka sanggup tidur dirumah keluarga angkat seperti juga amalan yang selalu digunakan oleh parti pakatan rakyat, yang lain sedikit petugas parti pakatan rakyat bersedia tidur di bira masjid ataupun madrasah.

Yang ku dengar semalam, peruntukan wang belum lagi turun dari pihak UMNO/BN dan inilah selalu kedengaran setiap kali pilihanraya, peruntukan berupa wang tunai selalunya sampai disaat-saat akhir sehingga tak sempat hendak digunakan, maka orang-orang yang ada kuasa bagi memegang wang akan kelihatan membeli kereta baru, membaiki rumah atau bercuti keluar negeri bersama rakan karib dan keluarga selepas berakhirnya pilihanraya.

Kepada mereka yang bertungkus lumus berkerja tidak tidur malam untuk memanjat pokok bagi menaikkan poster dan bendera sehingga melelas dada-dada (luka kecil didada) hanya dapat upah yang mampu dibeli rokok dan teh tarik saja, makakala mela'un yang pegan pitih akan senyum ketawa apabila selesai pilihanraya kecil kerana wang yang tidak boleh diaudit berada dalam gegaman mereka. Ikut suka merekalah nak buat apa.

Inilah apa yang terjadi setiap kali ada pilihanraya dan kadang-kadang janji tinggal janji?.

No comments: