Thursday, July 23, 2009

30 orang JUSA di 'PooL' oleh JPA?

Ramai Pegawai Kerajaan memberi pendapat bahawa Ketua Setiausaha Negara sedang memwujudkan suasana fear n disharmony dalam perkhidamatan awam sekarang, ini dapat dilihat bahawa sekarang ini lebih kurang 30 orang pegawai tinggi perkhidmatan awam yang berpangkat JUSA telah disumbat dalam 'pool' di Jabatan Perkhidmatan Awam JPA.

Perkara sebegini tidak pernah berlaku sebelum daripada ini, mereka yang dikenakan 'pool' menyamakan pemerintah sekarang ini semacamlah pemerintahan regim kuku besi terhadap mereka, entah besar mana salah sehingga kepakaran mereka untuk membangun bangsa dinafikan oleh Ketua Setiauasah Negara.

Ini wajar diperbetulkan agar pegawai tinggi kerajaan tidak merasa tertindas dan kecil hati terhadap kepimpinan Dato' Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang meletakkan wadah Rakyat di Utamanya. Pegawai tinggi kerajaan adalah rakyat yang perlu pembelaan seperti orang lain. Janganlah kerana tidak sebulu maka kesalahan kecil dijadikan alasan untuk tidak memberi peluang para pegawai tersebut membaiki kesilapan lalu, maka mereka itu di 'pool' supaya tidak dapat bergerak dan menafikan kenaikan pangkat.

Sedangkan ada pegawai lain yang melakukan kesalahan lebih teruk, masih diberi tempat yang lumayan kerana pandai menunjukkan kesetiaan kepada 'SIR' nya. Kerajaan hendaklah perbetulkan keadaan ini supaya ratusan ribu penjawat awam serta anak dan isterinya akan terus menyokong kerajaan yang diterajui oleh UMNO dan BN.

Halangkan Pegawai Tinggi Kerajaan dari terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk pilihanraya yang ke 13 nanti dengan memberi "PESARAAN" kepada Ketua Setiausaha Negera yang telah lama berkhidmat dan biarlah beliau berihat bersama isteri dan anak-anaknya untuk mengakhiri hari-hari tua bersama keluarga bahagia.

No comments: