Tuesday, August 18, 2009

Anwar Ibrahim2 Ali.

Itu Dato' Ibrahim Ali terus mendapat jemputan bagi memberi syarahan, malam ini beliau di Trengganu berceramah atas jawatan Pengerusi PERKASA tapi bersekali dengan pemimpin UMNO. Wakil Rakyat yang menang bertanding atas tikit PAS, tapi istihar dirinya bebas dan sekarang bersyarah bersama orang UMNO. Pelik tapi benar.

Itulah kehebatan Dato' Ibrahim Ali, beliau benar-benar orang politik, semua parti melayu terbesar di malaysia pernah beliau menjadi ahli secara rasmi ataupun tidak rasmi dan beliau berjaya menyakinkan pemimpin parti tersebut sehingga diberi tempat untuk bertanding dan menang.

Pada pilihanraya ke 13 nanti, mampukah Dato' Ibrahim Ali mempertahankan jawatannya sebagai Ahli Parlimen, atas lambang apakah beliau akan bertanding yang pastinya tidak atas lambang PAS, kalau tidak pakai lambang PAS mungkinkah lambang UMNO dan adakah UMNO akan menerima orang yang telah menderhaka kepadanya. Atau Dato' Ibrahim Ali akan bersama Anwar Ibrahim bertanding diatas tiket PKR dan ini boleh berlaku kerana dalam politik yang diamalkan oleh Dato' Ibrahim Ali serba mungkin.

Kalau di pilihanraya kecil Manik Urai, Dato' Ibrahim Ali telah dituduh membahagikan wang kepada pengundi supaya undi UMNO, bagaimana pula di DUN Permatang Pasir adakah Dato' Ibrahim Ali akan diberi tugas luaran oleh UMNO bagi membantu BN kelak setelah tenaga Dato' Ibrahim Ali digunakan di Manik Urai yang hampir mengalahkan parti PAS.

Sehingga kini belum kedengaran lagi ura-ura UMNO akan mengunakan tenaga Dato' Ibrahim Ali di pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir. UMNO sepatutnya mengambil kesempatan dengan menyediakan program ceramah kepada Dato' Ibrahim Ali supaya menyerang Anwar Ibrahim bagi mengurangkan pengaruh PKR di Permatang Pasir dan sekiranya Dato' ibrahim Ali menolak untuk ke Permatang Pasir maka UMNO akan kehilangan satu senjata yang boleh menyerang kehabatan Anwar Ibrahim. Atau UMNO Pulau Pinang sudah kuat untuk menumbangkan PKR dalam pilihanraya kecil nanti?.

No comments: