Thursday, August 27, 2009

Majlis Berbuka Puasa.

UMNO Bahagian di Kelantan selalunya mengadakan Majlis berbuka puasa di Bahagian masing-masing. Pada satu ketika dulu kecor disetiap Bahagian mengadakan majlis berbuka puasa dengan peruntukan yang besar sehingga berlaku perkara-perkara yang tidak lojik. Tapi kini urusan majlis berbuka puasa berkurangan. Kenapa?

Yang jelasanya kerana tahun kedepan tidak ada pemilihan dalam Bahagian, juga tidak akan berlaku pilihanraya umum sebelum tahun 2012, jadi kegiatan untuk memacing undi sama ada pemilihan pucuk pimpinan parti atau pun pilihanraya tidak begitu hebat, maka sunyilah aktibiti majlis berbuka puasa dan pembahagian zakat.

Kalau ada pun secara sederhana, tidak ada peruntukan khas untuk UMNO Bahagian menganjurkan majlis berbuka puasa, tapi tradisi UMNO Negeri mengadakan majlis berbuka puasa bersama pemimpin tertinggi parti mungkin ada, itu pun nampaknya belum diputuskan lagi.

Yang menariknya kita akan menunggu acara majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh orang-orang UMNO Bahagian Rantau Panjang, kerana Bahagian ini ada dua kumpulan sepertimana yang telah berlaku Bahagian ini telah mengadakan Persidangan Bahagian yang baru lalu dianjurkan oleh dua kumpulan yang mengambarkan pentadbiran UMNO Bahagian Rantau Panjang masih bercelaru.

Di Bahagian Rantau Panjang ini tidak ada satu pun kerusi dimenangi oleh UMNO tapi orang-orang UMNO disini masih tidak bersatu, masih 'hagas' yang tidak mahu muhasabah diri, biar sama saja, hasilnya PAS yang mendapat keuntungan sedangkan UMNO boleh merampas balik kerusi yang telah kalah itu sekiranya kumpulan Abdullah/Shaari dan kumpulan Mat Zin/Ustaz Mat Daud berbaik sangka. Tapi nampaknya mereka itu sudah hilang pedoman. hanyut.

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri kena beri perhatian yang lebih sedikit di Bahagian ini, sekiranya perlu 'MAGERAN'kan dulu Bahagian ini, dan susunlah mengikut acuan yang diperlukan oleh akar umbi nescaya UMNO Bahagian Rantau Panjang akan menjadi lebih perkasa lagi bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang.

Yang pastinya pada 31hb. Ogos nanti ada majlis berbuka puasa dianjurkan sempena menyambut hari kemerdekaan negara di Restoran Harison, Batu 4, Jalan Kuala Krai, Kelantan tapi para jemputannya terhad. Bukan anjuran UMNO Bahagian Rantau Panjang.

No comments: