Tuesday, August 4, 2009

Rehatkan Ketua Bahagian yang bermasaalah.


UMNO Kelantan sudah merasa segar setelah kerja kuat para pemimpin yang dikepalai oleh Dato' Mustapha Mohamed, Tok Pa dengan dibantu oleh Dato' Awang Adek Husein diwaktu orangramai sedang menghitung hari untuk meninggalkan UMNO tiba-tiba ada aura baru yang memberi ruang untuk rakyat memikir kembali bagi terus menyokong UMNO.



ini dapat dilihat semasa kedatangan Dato' Najib ke Kelantan selepas pilihanraya kecil Manik urai yang mana UMNO hampir merampas kerusi PAS itu.

Ada dua kemungkinan UMNO akan dapat menjatuhkan Kerajaan PAS di Kelantan pada pilihanraya yang ke 13 nanti Itu semua tergantung kepada mahu atau tidak pemimpin UMNO di peringkat Bahagian merendah diri untuk mendapat sokongan rakyat nanti.

Pertamanya, semasa UMNO mengadakan sidang perwakilan, janganlah urusan berpuak-puak masih dijadikan alasan untuk mempertahankan diri menjadi pemimpin sehingga mati. Keduanya berilah laluan kepada semua lapisan ahli menyuarakan pandangan dan rapatkan barisan antara pemimpin dan bekas pemimpin dengan jangan berdendam.

Urusan pentadbiran parti hendaklah terbuka dan makluman kegiatan parti hendaklah disampaikan kepada semua lapisan jangan ada orang yang disisih kerana takut pepoluriti terancam. Serta janji-janji hendaklah ditunaikan supaya tidak mengecewakan hasrat ahli-ahli yang ramai.

Mengamal sikap, aku mahu berkuasa tanpa melihat kehancuran parti kerana perbuatan untuk mempertahankan kuasa tidak akan membuahkan hasil untuk memenangkan UMNO dalam pilihanraya. Ahli dan orangramai akan benci melihat tingkah laku pemimpin mencantas dan menyisihkan ahli yang berpontansi untuk memberi sumbangan bagi memperkuatkan parti kerana takut pada bayang-bayang.

Begitu juga dengan kewujudan Penyelia Kawasan Pilihanraya yang bergaji, ini boleh melemahkan semangat ahli dan orangramai untuk terus komited kepada UMNO kerana kadang-kadang orang yang mendapat gaji bekerjanya tidak seberapa tapi orang yang berjiwa besar untuk mendokong parti tidak dapat apa-apa sumbangan dan mereka memikirkan biarlah urusan parti dibuat oleh orang yang diberi gaji saja, maka disini akan hilanglah seri politik UMNO serta tenaga untuk memperkuatkan UMNO akan lemah.

Cita-cita pemimpin besar UMNO untuk melihat Kerajaan PAS Kelantan tumbang dalam pilihanraya yang ke 13 nanti tidak akan kesampaian kerana dasar UMNO itu sendiri yang mahu melemahkan semangat ahli biasa dan orangramai dari terus memberi sokongan dan dokongan kepada UMNO.

Teori mudah untuk menang ada ditangan 45orang politik UMNO Kelantan. Mereka itu hendaklah benar-benar bekerja kearah memperkukohkan sokongan rakyat kepada UMNO, jujur, ikhlas, amanah dan tidak kedekut hendaklah dimiliki oleh mereka yang diberi tugas dan tanggongjawab dari sekarang. Tok Pa dan Awang Adek hendaklah mengenal pasti, siapakah orang yang boleh diberi kepercayaan melaksanakan tugas penting itu. Nama-nama tak usah diminta daripada Ketua UMNO Bahagian dan sekiranya Ketua Bahagian yang akan memberi masaalah kepada parti mereka itu hendaklah direhatkan.

Saya yakin, Tok Pa dan Awang Adek boleh melakukannya, mereka bukan kaki ampu dan pengecut, mereka mahu tunjuk kepada rakyat bahawa mereka mampu merubah senario politik Kelantan, mereka mampu membangun Kelantan dan mereka mampu menumbang Kerajaan PAS Kelantan. Beranikah Tok Pa dan Awang Adek?.

No comments: