Sunday, August 2, 2009

Terima Kasih Najib, Terima Kasih MSO.

Pertama saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sahabat saya Haji Sayuti Omar (MSO) kerana sudi mengiktiraf blog saya ini sebagai rakan beliau. Saya berbangga kerana penulis yang terkenal seperti beliau sering memberi nasihat untuk saya terus menulis dan belajar bagi mempertingkat isi kandungan dalam blog ini. Terima Kasih.

Dibawah ini dimuatkan sedutan ucapan Dato' Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia semasa berada di Kelantan pada 1hb. Ogos, 2009 berhubung dengan isu royalti minyak yang sekarang sedang hangat diperbincangkan oleh rakyat kelantan.

Saya sempat menyambut ketibaan Dato' Najib diairport pengkalan Chepa dan sempat bersalam yang saya lihat hamparan karpit merah disediakan untuk menyambut ketibaan orang No.1 negara itu, sedangkan semasa mula-mula dilantik menjadi Perdana Menteri beliau menyatakan dizamanya tidak akan ada sambutan seperti itu. Tapi ramai orang berpendapat, acara sembutan pemimpin bagi menghampar karpit merah, bunga manggar dan berarak motorsikal tidak boleh ditiadakan kerana itu adalah sebahagian budaya rakyat malaysia untuk memberi penghormati kepada pemimpin.

Saya sebagai rakyat Kelantan terlebih dahulu ingin mengambil kesempatan "Merakamkan Penghargaan Terima Kasih Kepada YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kerana telah menunjukkan minat bagi menyelesaikan isu Royalti Minyak Kelantan" dengan harapan rakyat kelantan akan mendapat haknya.


(Isu Royalti Minyak)
Najib: Royalti minyak K'tan masih dikaji
Ogos 1, 09 6:45pm
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata isu pembayaran royalti minyak kepada kerajaan Kelantan yang membuat tuntutan RM1 bilion, masih di peringkat kajian.

Katanya, kajian itu masih dijalankan oleh kerajaan pusat kerana berlaku pertindihan kawasan di daerah operasi pelantar minyak itu. "Royalti minyak masih dalam kajian kerajaan pusat. Bila hasil kajian selesai, saya akan menghantar wakil untuk menyampaikan (hasil kajian) kepada kerajaan negeri," katanya selepas merasmikan mesyuarat Umno bahagian Kota Bharu hari ini.

Najib yang dalam lawatan kerja sehari ke Kelantan, ditanya mengenai perbincangannya dengan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat selama 20 minit setibanya beliau di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, hari ini, lapor Bernama.Nik Abdul Aziz sebelum ini telah menghantarkan surat kepada perdana menteri mengenai tuntutan bayaran royalti 5 peratus, yang berjumlah RM1 bilion, hasil petroleum dan gas cecair di perairan Kelantan.

Kerajaan negeri membuat tuntutan itu tahun ini setelah mengetahuinya melalui laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 sehingga kini.Pelabuhan di TumpatMenurut Najib lagi, dalam perjumpaan singkat dengan Nik Abdul Aziz itu, antara perkara lain yang dibangkitkan ialah cadangan membina pelabuhan di Tumpat, pembinaan jejantas dan sektor pelancongan.

Mengenai pembinaan pelabuhan itu, beliau berkata, adalah elok ia dikaji dalam projek-projek pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), manakala projek pembinaan jejambat telahpun diluluskan, cuma ada beberapa masalah perlu diselesaikan, termasuk isu pembekalan bahan pembinaan.

Katanya, tiada sebarang dokumen rasmi dari kerajaan negeri diserahkan kepadanya dalam pertemuan hari ini dan beliau menyambut baik perbincangan yang tidak dirancang itu dengan Nik Abdul Aziz kerana ia merupakan titik permulaan kerjasama yang baik. "Saya sempat memberitahu Nik Abdul Aziz supaya elok kita mengelak daripada menyinggung perasaan mana-mana pihak," katanya.

Dalam sidang media itu juga, Najib mengingatkan sekali lagi kepada semua pemimpin dan ahli Umno supaya mengambil tindakan cepat dalam pemulihan Umno secara dalaman dan menumpukan untuk mendapat keyakinan rakyat.Beliau mahukan semua pihak memberi komitmen yang tinggi untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.Beliau mahukan tindakan Umno kini supaya mencerminkan hasrat parti untuk meraih keyakinan rakyat sekaligus memperolehi kedudukan yang lebih baik pada pilihanraya umum nanti.

Najib kemudian menghadiri majlis Jamuan Rakyat pada waktu tengah hari bersama 5,000 anggota masyarakat setempat sebelum bertolak ke Kuantan, Pahang pada sebelah petang. 'Jagalah hati Umno'Sementara itu, dalam ucapannya, Najib meminta Nik Aziz supaya menjaga perasaan dan sensitif kepada ahli Umno jika mahu membentuk kerjasama antara kerajaan Kelantan dan kerajaan pusat.

Presiden Umno itu berkata beliau mengucapkan kata-kata itu kepada Nik Aziz ketika Mursyidul Am PAS menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra hari ini."Ada peristiwa saya tidak duga... antara pemimpin yang sambut saya (di lapangan terbang) adalah tok guru Nik Aziz. Saya terima bila tok guru sambut saya dalam pada itu saya sebut kepada tok guru tolong jaga perasaan orang Umno. Tapi saya rasa tok guru faham apa yang saya maksudkan," katanya.Laporan media sebelum ini menyebut Nik Abdul Aziz sedia menghulurkan tangan untuk menjalin kerjasama antara Umno dan PAS.

Bagaimanapun Nik Aziz menafikannya dan menjelaskan kerjasama itu hanya dalam bentuk kerajaan negeri dan kerajaan pusat selain beliau turut mengeluarkan pelbagai cercaan terhadap Umno termasuk "pergi jahanam Umno".Najib berkata Nik Aziz perlu bersikap secara baik dan berhemah dalam meminta untuk kerjasama dengan kerajaan pusat."Buatlah cara baik buatlah cara menghormati orang lain," katanya.Najib berkata hakikatnya Umno dan PAS mempunyai matlamat yang sama dalam memimpin negara iaitu membangunkan Malaysia sebagai negara Islam yang maju dan makmur.

Beliau berkata walaupun kedua-dua parti itu berbeza dari segi ideologi namun matlamatnya sama iaitu untuk memimpin negara sehingga maju dan mendapat keredaan Allah."Analogi macam kita berada di landasan lebuh raya. Kita (Umno) dalam lane (lorong) kita, PAS dalam lane dia tapi kita sama-sama menuju mencari keredaan Allah."Sebab itu kita (Umno) hidup di negara ini tuhan berikan rahmat kepada kita. Begitu banyak perubahan setelah Umno memimpin lebih 50 tahun," kata Najib.
(dipetik dari Malaysiakini).

No comments: