Saturday, August 22, 2009

Kenapa peruntukan terhad kepada Melayu?

Majlis Amanah Rakyat (MARA), nama itu sudah cukup membanggakan umat Islam terutamanya orang melayu diluar bandar bersesuaian dengan prinsip penubuhan agensi itu sendiri iaitu untuk membantu warganegara yang tidak mampu untuk berurusan dengan hidup, mahu meneroka perniagaan atau meneruskan persekolahan keperingkat lebih tinggi.

Tapi malangnya, semangkin negara maju semangkin payah pula MARA untuk membantu, terbaru bagaimana MARA menolak permohonan bantuan Pinjaman Pelajaran MARA bagi Pengajian di luar Negara dengan alasan MARA memperolehi peruntukan yang amat terhad pada tahun ini. Satu alasan yang menghina kemegahan agensi Melayu itu sendiri.

Apakah MARA sudah tidak mendapat keutamaan dari Kerajaan bagi membantu pelajar-pelajar Melayu untuk meneruskan pengajian diluar negara, atau Kerajaan sudah kekeringan wang khazanah negara untuk membantu pelajar Melayu tapi sanggup meneruskan projek berbillion ringgit bagi mengambil hati pemimpin-pemimpin negeri tertentu atau MARA itu sendiri akan dihapuskan kerana Melayu sudah tidak perlu diberi keutamaan lagi.

Satu Malaysia juga mencakupi keperluan untuk membantu bangsa Melayu, PERKASA ditubuhkan untuk mempertahankan maruah Melayu dan banyak lagi pertubuhan sukarela di Malaysia diujudkan untuk mempetahankan nama Melayu dibumi Melayu ini, tapi alasan MARA tidak dapat membantu seorang pelajar yang betul-betul susah dan memerlukan pertolongan dengan alasan peruntukan terhad adalah sangat memalukan Bangsa dan Maruah Melayu.

Sedutan penolakan surat rayuan pelajar tersebut berbunyi, Oleh yang demikian memandangkan MARA memperolehi peruntukan yang amat terhad pada masa ini maka permohonan tahun 2009 daripada pelajar-pelajar Bumiputra yang mengikut pengajian diperingkat Ijazah Pertama, Sarjana dan PhD di luar negara tidak dapat dilaksanakan mengikut perancangan.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

'MARA terus mara'. Apakah kata-kata ini sebenarnya?

Bagaimana Malayu mahu menjadi bangsa Cemerlang, Gemilang dan Terbilang setelah Satu Malaysia dinobatkan, sedangkan pinjaman MARA peruntukannya teramat terhad. MARA perlu semak semula penolakan permohonan pinjaman MARA bagi pengajian di Luar Negara dengan SEGERA bagi memperbetulkan nawaitu penubuhannya yang di cetuskan oleh pemimpin dan negarawan yang terdahulu termasuk ayahnda YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia hari ini.

Sekadar menyampaikan keluhan pengundi UMNO dalam Bahagian Ketereh.

No comments: