Monday, January 31, 2011

Masa sesuai untuk PRU 13 ?

BN telah boleh bernafas lega untuk mendakap kembali sokongan rakyat kepada Kerajaan BN ekoran beberapa keputusan PRK sejak akhir-ahkir ini terutama setelah rakyat sudah tidak menolak calun BN di tiga tempat iaitu Parliman Batu Sapi, Dun Galas dan DUN Tenang.

Sokongan rakyat kepada BN di DUN Tenang yang melonjakkan undi dan majoriti yang banyak kepada BN akan menjadi asas perkiraan politk bagi Kerajaan mengadakan pilihanraya umum serentak dengan Negeri Serawak. Mungkinkah?

Kepada pihak pembangkang pengumuman untuk mengadakan pilihanraya umum ke 13 sebenarnya lama dah ditunggu-tunggu. Nyiru tapak tangan ditadahkan, kerana itulah masanya bagi Pakatan Pembangkang boleh menzahirkan kekuatan pengaruhnya kepada rakyat lagi pun dalam pilihanraya umum hanya rakyat tempatan saja yang boleh menentukan calun mana yang mereka suka.

Mahu tidak mahu PRU akan tetap diadakan sekiranya bukan tahun 2011 tapi pada tahun 2013 Suruhanjaya Pilihanraya akan umumkan tarikh pilihanraya umum kecualilah negara menghadapi masaalah dharurat, seperti banjir besar, gempa bumi dan rampasan kuasa.

Pada waktu itu, para pembesar BN wajib memastikan lebih daripada 111 kerusi Parlimen akan dimenangi oleh BN, sekiranya tidak mendapat keputusan yang melibihi 111 kerusi maka hancurlah harapan BN untuk meneruskan pentadbiran di PUTRAJAYA. Itulah agaknya yang merunsingkan 'exnavy' dan menteri-menteri kabinet.

Pengamal rasuah 'misteri' penyalahgunaan kuasa, perompak matawang, pengamal kronisma dan juak-juak yang mendapat projek anugerah wakil rakyat BN akan bertepiaran lari mencari lubang untuk menyelamatkan diri. Kerana rakyat akan mengejarkan mereka sehingga kelubang cacing untuk mengheretnya ke muka pengadilan. Awaslah.

Oleh itu, Kerajaan BN khasnya YAB. Dato' Sri Mohd Najib mesti berhati-hati untuk mengumumkan PRU diadakan, kemenangan BN dalam pilihanraya kecil bukan asas yang kukuh hendak mengatakan keseluruhan rakyat telah pulih untuk menyokong BN terutamanya pengundi cina.

Kemenangan Peti Undi yang dikuasai oleh pengundi cina di DUN Tenang bukan kerana orang cina dah betul-betul menyokong BN kerana ini adalah pilihanraya kecil lagi pun masih ramai yang tidak keluar mengundi. Takut-takut nanti itulah tektik orang cina untuk memberi peluang kepada Chua Sio Lek bertanding dalam PRU nanti.

Tapi sekiranya keputusan pilihanraya kecil sejak akhir-akhir ini benar-benar mengambarkan atau sudah menjadi realiti bahawa rakyat telah kembali pulih untuk menyokng BN, inilah masa yang sesuai untuk Dato' Najib dan Kerajaan BN mengadakan PRU yang ke 13. Untung nasib sesebuah Kerajaan itu bergantung juga pada masa dan keadaan.

Sekiranya keadaan hari ini rakyat telah mengizinkan cara pentadbiran Kerajaan dapat diterima dengan baik, maka hari in juga sepatutnya Kerajaan adakan PRU ke 13, kerana tentunya hasil akan dapat kepada BN. Jangan tunggu lama-lama nanti dikebas orang.

Lupakan hasrat untuk merampas Kelantan, kerana pemimpin UMNO Kelantan pun tidak berhajat untuk UMNO menumbangkan PAS. Mereka lebih suka dan berseronak dengan peruntukan yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) kepada Ketua-Ketua Bahagian. Peruntukan itu sudah cukup untuk mereka 'berjoli'.

Tengok hari ini ada Ketua UMNO Bahagian daripada Kelantan pergi 'berjoli' di Jakarta Indonesia. Nak tau siapa risik-risiklah sendiri.


1 comment:

KZSO said...

belum masanya.. kaum cina masih berpaksi kepada dap..kalau mahu teruskan, biarlah dap lawan mca tau gerakan..baru mereka all-out berkempendan tahu langit tinggi rendah..