Friday, July 29, 2011

Dari Rakyat, Kepada Rakyat, Untuk Rakyat,.


Sesuai dengan nama "AMANAH". YBM Tengku Razaleigh sedang diintai oleh rakyat jelata kemana arah yang akan dituju dalam arus kebangkitan rakyat mahu kepada pemimpin negara yang boleh meletakkan perpaduan kaum di Malaysia ini dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Tengku Razaleigh yang sering kecundang dalam hasratnya untuk berbakti kepada rakyat dan negara kini muncul melalui satu NGO yang nama singkatnya AMANAH diwaktu rakyat sedang mencari cari siapakah yang akan meneraju kerajaan baru dibawah Pakatan Rakyat selepas PRU 13 nanti sekiranya UBN tumpas.

Nama Anwar Ibrahim sentiasa basah dibibir rakyat menyebut bakal Perdana Menteri apabila PR menang nanti, itu pun masih menjadi tandatanya sempatkah Anwar Ibrahim bertanding dalam PRU 13 kerana kes tuduhan liwat sudah hampir kepenghujungnya. Sedangkan PM Najib sedang berkira-kira untuk membubarkan Parlimen.

Apabila Anwar Ibrahim masuk penjara, nama Tengku Razaleigh tentunya akan disebut oleh rakyat sebagai salah seorang yang paling layak jadi Perdana Menteri Malaysia, tapi bukan atas kapasiti sebagai mewakili UBN. Nama Tengku Razaleigh akan sebut apabila beliau tidak bertanding atas tiket UMNO dalam PRU 13.

Tapi sekiranya Tengku Razaleigh bertanding atas tiket UMNO sudah pasti nama beliau tidak akan disebut sebagai orang yang paling layak jadi Perdana Menteri Malaysia kerana dalam UMNO sebenarnya sudah menjadi rahsia umum Tengku Razaleigh sudah tidak diperlukan lagi. Bak kata orang tua-tua, hidung tak macung pipi tersorong-sorong, apatah lagi buat masa ini PM Najib lebih sujud kepada Anuar Musa di Kelantan.

PM Najib telah mengiakan permintaan Anuar Musa semasa lawatan ke Kelantan baru-baru ini dengan meluluskan peruntukan sebanyak dua juta ringgit untuk kemajuan bolasepak Kelantan, itulah buktinya bahawa sekarang ini PM Najib akur bahawa Anuar Musa lebih berpengaruh daripada Tengku Razaleigh.

Sudah sampai masanya diakhir riwayat politik Tengku Razaleigh, beliau mengambil peluang untuk memperhambakan diri kepada rakyat dan negara dengan mencapai cita-cita murni itu melalui jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 7 dengan menyertai Pakatan Rakyat dalam PRU 13 kelak.

UMNO yang sudah nak kalah akan cepat ditinggalkan oleh ahli-ahlinya untuk menyokong Pakatan Rakyat apabila Tengku Razaleih mengistiharkan keluar daripada UMNO kerana sudah jelas dalam UMNO sebenarnya memang ramai sedang menanti suasana "Selamat Tinggal UMNO' dan akan mengikuti jejak sepertimana yang akan diumumkan oleh ahli majlis tertinggi AMANAH yang terdiri daripada bekas pemimpin tertinggi parti BN.

Kita hendaklah yakin, PRU 13 nanti Malaysia akan ada sebuah Kerajaan yang Adil dan Bersih, kerajaan yang dituntut oleh anak muda dan rakyat jelata, sebuah kerajaan yang AMANAH yang mana kerajaan bukan lagi dibentuk oleh Barisan Nasional tapi dibentuk oleh parti-parti dari PAS,PKR dan DAP yang boleh dinamakan 'Kerajaan Rakyat'.

Sebenarnya rakyat Malaysia hari ini tidak kisah siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 7, asalkan yang terbentuk nanti adalah sebuah kerajaan yang dapat menunaikan amanah rakyat, tidak rasuah, tidak menyalah guna kuasa, adil dan tidak membalon harta rakyat dan khazanah negara.

Rakyat mahu hidup senang dan selesa dalam suasana aman, tidak ada kroni dan pendusta dan rakyat tidak mahu sentiasa ditipu dan ditindas. Sesunggunya rakyat benci kepada pemimpin bercakap lain dan buat lain seperti terdapat hari ini.

1 comment:

syed osman mansor said...

1. Apa gunakan mendapat kerajaan yang baru jika ianya tunduk kepada kehendak Yahudi ( Zionis ) dan kuasa Barat.

2. Hanya manusia yang naif sahaja, yang tidak dapat atau tidak mahu mengakui hakikat ini.

3. Kecualilah jika semua orang Melayu menyokong pembentukan kerajaan baru walaupun secara terang memperaku konsep "Malaysian Malaysia', huru-hara dalam negara dapat dielakkan.

4. Jika sebahagian besar rakyat, terutama orang Melayu, menolak konsep 'Malaysia Malaysia' ini walaupun pilihanraya dimenangi oleh penyokong konsep tersebut, huru-hara tetap akan tercetus. Mahukah kita semua seronok bersorak melihat kampung sendiri tergadai ???

5. Atas apa agenda sekali pun ; marah ke, geram ke ,dengki ke, kecewa ke, terlepas peluang ke, ada agenda sendiri ke ; kita TIDAK harus mengundang "iblis dan syaitan" untuk menyelamat "akidah" !!! Perjuangan untuk menegakkan digniti dan maruah bangsa TETAP akan dipelihara, disubur dan dipertahankan ; datanglah badai sebesar mana pun ! Hanya yang dayus, yang sememangnya mempunyai agenda peribadi (ini pun atas sebab marah dan kekecewaan terdahulu) akan sanggup menerima perubahan dan pertukaran pemerintah sebagai jalan melepas geram , walaupun mungkin memperaku bahawa ' malapetaka politik ' boleh berlaku selepas itu. Soalnya, mahukah kita menjadi pembantu,pelengkap atau 'cohort' kepada agenda "musuh" yang secara sulit telah merancang kemusnahan bangsa dari dulu lagi secara tersusun, terarah, senyap-senyap dan penuh dengan kebencian yang teramat sangat !!! Bodohkah kita sehingga tidak menyedari ini ? Bodohkah kita sehingga sanggup menutup mata dan terus menolak kemungkinan-kemungkinan buruk yang boleh menghancur dan melenyapkan dengan sekelip mata segala kedaulatan dan keutuhan bangsa ??? Tak terfikirkah bahawa musuh kita bukan bodoh dan tidak manipulatif ? Musuh boleh menjelma dalam pelbagai bentuk ; dari dalam negeri maupun dari luar ; sebagai parti politik maupun NGO. Hanya rakyat yang Bijak, Tak Beremosi, Intelektual dan Berpendidikan, Matang dan Tidak mempunyai agenda peribadi.....mampu melihat niat buruk sesuatu kumpulan. Memejam mata atas nama 'ketaksuban ekstrim' adalah sesuatu pendirian yang amat tak cerdik dan tetap merugikan akhirnya.