Friday, July 15, 2011

Bodoh berbalah dengan 'baju warna kuning'.

PM Najib berhadapan dengan 'baju kuning'



Adalah elok bermula hari ini Kerajaan menarik balik larangan terhadapa RAKYAT memakai baju warna kuning yang ditulis BERSIH. Kenapa takut sangat? . Rakyat tak akan adakan perhimpunan kerana pakai baju warna kuning.


Lebih memalukan dalam TV atau Surat Kabar tiap-tiap hari menyiarkan berita terdapat rakyat yang ditangkap kerana memakai baju warna kuning, sepertilah baju warna kuning merupakan musuh nombur satu negara. Biarlah rakyat ada kebebasan dalam memilih warna baju untuk dipakai.


Yang peliknya, baju yang ada gambar pemimpin komunis boleh pula dijual dan dipakai oleh rakyat, tak pula ada kempen daripada kerajaan bahawa menjadi kesalahan kepada sesiapa memakai atau menjualnya, kerana terdapat dipasar-pasar malam baju t-shirt yang mempamerkan gambar pemimpin komunis dijual.

Lagi memalukan sekiranya ada budak-budak sekolah memakai baju kuning, nak tangkap nampak bodoh, tak tangkap tak boleh kerana salah, itu akan meletakkan kerja pasukan polis serbasalah. kalau ditangkap dianggap zalim kerana menangkap kerana sehelai baju.

Kerajaan patutnya mensasarkan supaya pasukan polis dapat mengurangkan senarai penjenayah dalam negara, kurangkan kes rompak dan ragut, tangkap perompak yang ada dalam cctv itu baru cekap namanya, jangan pula kes lapuran rompak dan ada wajah perompak dalam cctv telah berlangsung hampir setahun tak dapat diselesaikan. Dato' Pengarah CID kena ambil perhatian kerja budak budak tu.

Esok hari sabtu ada kempen pakai baju kuning, Ratu Elezibeth semasa menerima kunjungan PM Najib di London pun pakai baju kuning, kerana kuning itu warna raja-raja, berbalah dengan warna kuning boleh juga ditafsirkan seperti berbalah dengan raja-raja. Apakah sekiranya ada raja yang memaki baju kuning dan ada tulisan 'bersih' raja juga akan ditangkap?.

3 comments:

JIMKL said...

salam.

tuan kata berbalah dgn baju kuning kira berbalah dgn raja. apa hukum dier kalau berbalah dgn raja?
tentulah akan ditafsi sebagai derhaka kepada raja kan.

hang tuah pun pernah dihukum kerana menderhaka pada raja. itu kerana kata fitah kerma wijaya.

so apa plak hukuman nya melawan titah raja atau agong? derhaka kan!!
bukankah agong telah bertitah untuk tidak mengadakan perhimpunan.

ada ambiga dan sekutunya seperti anwar dan yang lain lain ikut? so ini kira derhaka juga kan.

zaman sekarang di hukuman kepada menderhaka kepada raja adalah gantung.

so kira bolehlah kita gantung mereka nie semua sebab derhaka kepada titah Agong.

kalau ikut teman, kito bakor jer yob meke nie...

JIMKL said...

kita tak berbalah dgn baju.. tapi kita berbalah dgn tuan badan yang pakai baju kuning tuh yang tak reti bahasa.

sanggup jadi kuda tunggangan orang.

Cikin said...

This is sooooo pathetic laa weyh . Macam fikiran budak2 ! Pasal baju pon nak tangkap . Susa susa susa ~