Thursday, July 28, 2011

Takut kerana salah.

Mahkamah telah menetapkan pada hari rabu depan (3.8.2011) bagi mendengar permohonan Anwar Ibrahim untuk menemubual lima saksi dalam kes liwat yang dihadapi sebelum beliau memberi keterangan membela diri pada 8hb. Ogos 2011nanti.

Lima saksi yang ingin dipanggil untuk ditemubual oleh pasukan pembelaan Anwar Ibrahim ialah pemilik unit kondominium yang didakwa sebagai tempat kejadian, Hasanuddin Ab.Hamid, Bekas Ketua Polis Negeri Melaka Mohd Rodwan Mohd Yusoff, Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Perbicaraan Kes Liwat telah sampai ke kemuncaknya apabila mahkamah memerintah Anwar Ibrahim membela diri yang akan bermula pada 8hb. Ogos 2011 dan mahkamah akan memutuskan sama ada Anwar Ibrahim bersalah atau pun tidak, ertinya rakyat akan mengetahui kemana Anwar Ibrahim selepas daripada itu.

Dipenjara atau bebas menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang sedang dinanti-nanti oleh seluruh rakyat didunia, tumbangkah kerajaan BN dengan kebangkitan rakyat malaysia yang mahu melihat sebuah kerajaan baru yang adil dan bersih.

PM Najib perlu memberi kerjasama kepada pasukan peguam Anwar Ibrahim bagi mengelak tuduhan liar daripada pihak yang suka mengambil kesempatan dengan menuduh bahawa PM Najib tidak mahu berkerjasama bagi memberi laluan untuk menentukan bahawa Anwar Ibrahim mendapat keadilan dan PM Najib juga dilihat adil.

Ramai rakyat yakin sekiranya PM Najib dan isteri kesayanganya sanggup ditemubual oleh pasukan peguam Anwar Ibrahim secara sukarela maka desas desus yang sering diperkatakan akan lenyap dan tidak ada siapa lagi yang boleh mengaitkan nama PM Najib dan Rosman dalam isu liwat.

Kini dengan adanya perbicaraan dimahkmah bagi memutuskan sama ada pasukan peguam Anwar Ibrahim boleh menemubual atau pun tidak, maka rakyat sudah mempunyai persoalan, kenapa terjadi demikian dan apa agaknya akan terjadi selepas daripada itu. Adillah kepada PM Najib dan adillah kepada Anwar Ibrahim. Tunggu.

No comments: