Tuesday, July 26, 2011

Zahid Hamidi pelakon komidi?

bintang yang malap

Naib Presiden UMNO Zahid Hamidi yang juga menteri pertahanan sepertimana yang dilpur oleh media telah memberi ucapan tahniah kepada Mohamed Sabu Timbalan Presiden PAS kerana telah berjaya 'muncul sebagai pelakon politik terbaik.

Nampaknya pemimpin UMNO sudah kehabisan modal untuk menyakinkan rakyat supaya tidak menyokong perjuangan PAS dan untuk mengelak supaya isu polis repuh Mohamed Sabu dalam himpunan BERSIH baru-baru ini tidak mendapat sokongan.

Pihak yang berkepentingan dalam BN masih mempersoalkan lapuran kejadian tersebut yang dikatakan Mat Sabu direpuh oleh Land Rover polis sedangkan dalam video yang disediakan oleh polis jelas kelihatan Mat Sabu tidak direpuh oleh Land Rover polis, sehingga orang yang dikatakan cerdik seperti Zahid Hamidi pun terpengaruh.

Lalu Zahid Hamidi lantas berkata Mat Sabu pandai berlakun dan pandai berbohong. Sedangkan Mat Sabu dalam lapuran polis telah mengesahkan bahawa beliau dilanggar oleh kereta waja polis dan bukannya dilanggar oleh Land Rover polis seperti mana yang dihebohkan oleh polis dalam video yang disiarkan setelah lama peristiwa tersebut berlaku.

Dalam isu repuh Mat Sabu itu, Zahid Hamidi boleh dilihat seperti orang kehilangan fokas dan hilang arah perjuangan, kerana isu yang sepatut dibangkitkan oleh beliau bukan soal Mat Sabu pandai berlakun atau pun tidak tapi beliau harus menafikan bahawa pada PRU 13 nanti BN/UMNO akan tumbang. Beliau hendaklah terus berkata bahawa BN diterima oleh rakyat dan dapat mengekalkan Kerajaan PM Najib/Rosmah.

Kehancuran UMNO apabila sebilangan besar ahlinya protes apabila menyertai PERKASA dan terkini bekas pemimpin Kerajaan, bekas Menteri, bekas Timbalan Menteri, bekas wakil rakyat UMNO dan BN dan Ketua Bahagian UMNO telah menubuhkan NGO baru yang dikenali sebagai AMANAH dengan sendirinya dapat dilihat bahawa Kerajaan pimpinan PM Najib yang dibantu oleh Zahid Hamidi sedang menuju kejatuhan dari detik perdetik.

Yang sebenarnya Zahid Hamidi sedang berlakun untuk mengalih pandangan rakyat dari memberi tumpuan tentang kesakitan kerajaan BN dalam isu AMANAH dan Cincin 24juta dari terus dipersoalkan oleh rakyat dengan mewar-warkan bahawa Mat Sabu tidak dilanggar dalam himpunan BERSIH pada 9hb. Julai lalu.

Zahid Hamidi sebenar budak baik yang tidak pandai ambil kesempatan, sepertimana beliau tidak bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO sedangkan cita-cita politiknya besar, sekiranya beliau bertanding kini tentunya beliau sudah menjadi Timbalan Presiden UMNO dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Dalam suasana sekarang kedudukan PM Najib sudah tidak selamat tentunya selangkah saja lagi Zahid Hamidi boleh ditabal sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7 sebelum pilihanraya umum ke 13 diadakan kerana apa cara sekali pun pada PRU 13 kelak Kerajaan BN tidak dapat diselamatkan disebabkan rakyat terbanyak akan tumbangkan kerajaan BN dengan undi tidak berpihak kepada Kerajaan dan Zahid Hamidi tak sempat jadi Perdana Menteri.

Zahid Hamidi akan dikenang sebagai pelakun komidi yang tak ada skrip seperti Charlie Chaplin.

No comments: