Saturday, June 7, 2008

SELAMAT HARI JADI KU UCAPKAN PADA ISTERIKU YANG DICINTAI.

Puan Hajjah Materah binti Haji Abd. Ghani
dilahirkan di Kedai Kadok, Kelantan. Pada 7hb. Jun 1958.
===================================

ISTERIKU

SELAMAT HARIJADI.

terima kasih tuhan
kau masih memajangkan usia isteriku
tanpa dia
aku, anak-anak dan cucu
mungkin kaku.
DIA
masih sayang padaku
hari hari
pagi, petang, siang, malam
tak jemu jemu
mengurus rumahtangga
tanda setia pada keluarga tercinta.
ANI
aku ucapkan
selamat hari jadi
semuga tuhan sayang padamu
aku juga begitu.

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "bercerai mati".

1 comment:

sham said...

ambo sahabat pun tupang ucap selamat hari jadi kepada kak hajah, juga salam dari isteri ambo Ana, moga panjang usia murahkan lagi rezki, amin

ambo, sahabat di RP