Thursday, June 5, 2008

Negara ada banyak wang, kenapa rakyat menanggong beban?

Pagi ini saya senang hati, kerana saya dapat mengisi minyak kereta yang semalam sudah timbul signal kuning yang menandakan minyak hampir habis. senang hati kerana kejadian yang mengejutkan samalam membuat saya tak lena tidur takut takut hari ini kereta saya tak dapat di isikan minyak, kerana saya ada temujanji di Trengganu. Maklumlah semalam bandar Kota Bharu jam teruk kerana jalan jalan yang terdapat stesyen minyak di banjiri oleh kenderaan bagi mengisikan minyak kereta. Tak lina tidor takut hari ini semua stesyen minyak tutup kerana kehabisan minyak, mujur anggapan saya salah, kerana ada lagi minyak walaupun semalam diserbu oleh pemilik kenderaan bagi mengisi minyak penoh tangki kerana hendak menyelamatkan wang sekitar RM30 hingga RM60 saja.

Harga minyak petrol naik 40%, selepas jam 12 malam semalam, setengah rakyat malaysia serbu di pam minyak bagi mengisi minyak penoh tangki, rela beratur panjang, tunggu sampai 1 jam lebih ada yang bermula tunggu jam 7 malam jam 9 baru dapat isi minyak. Ini gara gara nak jimat wang sebanyak RM60 paling banyak. Dan tentunya besok mereka yang mempunyai kenderaan yang semalam mereka isi penoh tangki, akan isi minyak pula. Kadang kadang tindakan kita tak berbaloi dengan hasil yang kita dapat.

Hasil dari pengumuman kerajaan itu, semua rakyat mengeluh dan ini merupakan satu sejarah Malaysia Boleh, boleh menaikkan harga minyak sampai ketahap 40% peratus dan apabila pemimpin ditanya kenapa harga minyak harus dinaikkan, maka jawabnya isu global, minyak dunia naik, dan dibandingkan dengan harga minyak di negara jiran, Thailand, Singapore. Kenapa tak dibandingankan dengan Negara Brunei atau Arab Saudi?

Dau malam lepas Tan Sri Menteri Kewangan kedua dalam rancangan 60 minit bersama menteri anjuran RTM1, apabila beliau ditanya, kenapa bagi membendungkan kenaikan harga petrol, kerajaan tidak mengarahkan supaya subsidi ditanggong oleh Petronas, Beliau jawab, boleh tapi wang keuntungan Pertonas akan diguna untuk membangun negara dan untuk digunakan dimasa akan datang bagi menjamin masa depan anak cucu.

Kalau dah boleh, selesaikan masaalah sekarang, biar rakyat sekarang dapat menafaat dari hasil negara yang dianugerahkan TUHAN, untuk anak cuca masa depan serahkanlah kepada pemimpin masa depan, tahulah mereka untuk mencari rezeki dibumi malaysia yang kita CINTA ini diatas limpah rahmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Buat apa rakyat sekarang harus tanggong beban kesusahan untuk genarasi yang akan datang.

Bak kata Ayat Ayat CINTA' "sayang biar bertempat".

2 comments:

rieni said...

mmg tak patut.. bila harga minyak naik, anak nak ke kolej perlu duit lebih dan ini mengundang ibu bapa mula bising, mengatakan anak tak penah cukup duit.
sekarang, salah siapa?
kerajaan tu.. bukan anak-anak.

*peace*

ambo said...

minyak naik tapi gaji tak naik,isu minyak global, isu gaji lokal,mana betul