Tuesday, June 24, 2008

Tan Sri Mohd Isa Samad, Naib Presiden UMNO 'yang tak jadi'.

Tan Sri Mohd Isa Samad, Naib Presiden UMNO yang menang dengan mendapat 1507 undi dan telah direhat oleh Majlis Tertinggi UMNO selama 3 tahun telah pun selesai menjalankan edahnya dan telah berhak untuk memilih dan dipilih disebarang jawatan dalam UMNO.

Semasa beliau mendapat surat pengantungan kerana dituduh melanggar peraturan pertandingan dalam parti beliau ketawa dan hari yang beliau menerima surat pelepasan dari digantung beliau tersenyum. Ketawa kerana hukuman yang diterima adalah ciptaan manusia untuk menjatuhkan maruah beliau sebagai salah seorang pemimpin dalam parti UMNO dan senyum kerana Allah telah menunjuk kebenaran serta membebaskan beliau dari deraan yang dicipta manusia.

Beliau yang CINTA pada perjuangan melalui UMNO akan terus berkhidmat kepada Parti,Agama dan Negara selagi hayat dikandung badan, dalam pertemuan ringkas dengan beliau malam tadi apabila ditanya jawatan apa yang akan ditandingi pada pemilihan UMNO Disember ini, beliau mengatakan bahawa dua jawatan yang belliau tidak akan bertanding iaitu jawatan Presiden dan Majlis Tertinggi dan yang tentunya beliau akan mempertahankan jawatan Naib Presiden yang beliau telah pun dipilih dengan kemenangan besar pada pemilihan yang lalu.

Hilang jawatan dalam parti dan kerajaan merupakan sejarah hitam dalam perjuangan beliau, sejarah yang tidak akan dilupakan bahawa ada angkara dalam menjatuhkan hukuman kepada beliau dan hari ini beliau akan terus melangkah untuk membersihkan nama baiknya melalui menawarkan diri kembali dalam saf kepimpinan UMNO.

Sejak berita pelepasan beliau dari digantung memegang jawatan dalam parti, saya diberitahu sudah 600 orang kawan kawan telah menalephone sehingga jam 10 malam tadi, ada yang mengucapkan tahniah, ada yang beri semangat untuk terus berkhidmat kepada parti dan ada juga memberi sokongan akan bersama sama beliau dalam usaha mendapat pencalunan dalam pemilihan nanti.

Nama Tan Sri Mohd Isa Samad akan terus disebut sebut, bukan kerana nama beliau MUHAMMAD dan ISA yang serupa nama nabi nabi ataupun nama ayahnya SAMAD yang juga serupa salah satu nama Tuhan, tapi nama beliau disebut sebagai contoh seorang pejuang yang sentiasa taat dan setia kepada parti walau pun beliau tahu hukuman yang dijatuhkan kepada beliau adalah hanya semata mata kerana 'thomah' sebab beliau dilihat lemah dan terlalu baik.

Dengan tidak ada sebarang jawatan dalam parti dan kerajaan, mampukah Tan Sri Isa mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO, bolehkah beliau menyamai rekod yang dipegang oleh Tun Ghafar dan Dato' Harun walau pun tanpa jawatan dan kuasa masih dipilih dan terpilih kerana dalam masa 3 tahun menjalani hukuman beliau hanya menghitung hari hari bahagia seperti hari ini, tanpa kuasa yang boleh memberi menafaat kepada rakan rakan terdekat masih lagikah berbisa.

Masih ada sinarkah dihujung terowong untuk Tan Sri Mohd Isa pada waktu ini kerana terdapat ramai lagi orang yang akan menawarkan diri untuk menduduki jawatan Naib Presiden UMNO selain Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Ali Rastam yang akan mempertahankan jawatan. Calun calun lain yang disebut sebut yang mempunyai kuasa dan harta adalah:-

  1. Dato' Hishamuddin Tun Husein Onn
  2. Dato Khalid Nordin
  3. Dato Syed Hamid Albar
  4. Dato' Rais Yatim
  5. Dato' Hassan Mohamed
  6. Tan Sri Rahim Tamby Chik
  7. Dato' Adnen Yaacob
  8. Dato' Zahid Hamidi
  9. Dato' Muhammad Md. Taib.
Yang mempertahankan jawatan adalah:-
  1. Tan Sri Mohd Isa Samad
  2. Dato' Seri Ali Rastam
  3. Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Inilah diantara orang orang yang disebut sebut akan menduduki tiga kerusi Naib Presiden UMNO bagi sesi 2008 - 2011 dan akan disambung perkhidmatannya sehingga selepas pilihanraya yang ke 13 dijangka berlaku pada tahun 2012 atau kalau Pak Lah lagi jadi Presiden dan Perdana Menteri berkemungkinan besar pilihanraya yang ke 13 akan diadakan pada tahun 2013, yang mana 13 adalah nombor kesukaan Pak Lah.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "Budi baik dikenang juga".

No comments: