Sunday, June 8, 2008

PETROL NAIK UNTUK MENURUKKAN KUASA MELAYU!

yang ku lihat.

pagi ini tidak ramai penghuni kotaraya keluar minum di lotus jalan binjal, tidak seperti hari minggu sebelum kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak 3hari lalu. parking kereta pun senang dan tempat duduk masih banyak kosong. Sambil minum kami berborak dengan isteri sambil memerhati aparment 'Binjal " dihadapan yang telah hampir siap.

Aparment itu didirikan diatas tanah yang dulunya rumah kediaman Pengerusi MARA, yang dikenali dengan rumah MARA, sesuai dengan bandaraya yang pesat membangun tanah itu juga dibangunkan setelah tanah kepunyaan MARA (Majlis Amanah Rakyat) diserahkan kepada ahli koprat melayu, Dato' Nazmi Salleh hasil darIpada pengswastaan MARA Holding kepada beliau yang kini di kenali dengan nama Nadi Corp. Sdn. Bhd.

Dan tanah MARA (Majlis AMANAH Rakyat) yang telah diserahkan kepada ahli perniagaan melayu kini menjadi milik siapa? setelah dibangunkan menjadi rumah kediaman (apartmen) yang tentunya dijual bukan saja kepada orang melayu tapi mampu dimilik oleh bangsa asing. Slogan CINTA kan tanah air hanyut bersama kerakusan mendapat keuntungan wang jutaaan ringgit tanpa segan silu tidak mempertahankan sekeping tanah sejarah melambangkan kemegahan Bangsa Melayu yang dimiliki oleh MARA.

Dah lah memiliki MARA Holding dengan harga yang teramat murah, semacam dapat free, nama dan harta sejarah ketuanan melayu tidak dipertahankan. Tamak dan Haloba dikuasai oleh nafsu yang gila kepada kemewahan hidup. Orang macam ini lah yang di pandang oleh Kerajaan dibawah kepimpinan Tun Mahathir dulu, kalaulah kerajaan pada masa itu memberi pengswastaan kepada kakitangan MARA Holding saya yakin tanah milik MARA ini tidak akan didagang seperti hari ini dan marwah MARA akan dipertahankan.

Sambil minum sambil baca surat kabar, terbaca kenyataan Tan Sri Yusof Nor, Pengerusi FELDA , beliau mengatakan bahawa kenaikan harga minyak tidak jejaskan peneroka kerana pendapatan peneroka pada masa ini diantara RM3,000 hingga RM6,000 sebulan. Betul atau tidak kenyataan beliau itu nantilah kita pakat pakat tengok (lihat). Apakah dengan kenaikan harga petrol, peneroka felda tidak merunggut, akan senyum sepanjang masa kerana pendapatan mereka lumayan. mereka tak payah isi minyak kereta (boleh jadi peneroka tak ada kereta), makan minum tak payah keluar duit, barulah tidak ada kesan, tapi kalau peneroka kena belanja untuk hidup tentunya ada kesan, kerana kenaikan harga petrol akan mengakibatkan barang barang keperluan untuk hidup juga akan naik.

Tahukah bahawa saya terpaksa membayar bil minuman air mineral sebotol pada pagi ini dengan harga RM1,60 direstoran Lotus, boleh jadi Tan Sri Yusof Nor membandingkan perbelanjaan di kotaraya dengan di rancanagan maka peneroka tidak terjejas dengan kenaikan harga petrol, kerana di tanah rancangan minum air free.

Pada saya, hasil kenaikan harga petrol secara mendadak dan peratusan yang tinggi ini, akan dibayar oleh rakyat menjelang pilihanraya umum ke13. dan angka tiga belas akan mencipta satu lagi sejarah hitam tanah air iaitu lenyapnya pemerintahan UMNO (UMNO ADALAH PERTI ORANG ORANG MELAYU) di tanah orang orang melayu seperti lenyapnya tanah MARA (majlis AMANAH rakyat) yang mana MARA juga ditubuh untuk menjaga kepentingan melayu di tanah ORANG ORANG MELAYU. malaysia ini.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "tak rela berputih mata".

2 comments:

sham said...

pagi ni ambo make nasi belauk ikan aya di kedai pati mek depan kuarters kastam rantau panjang jadi RM1.50 dulu baru Rm 1.00 naik 50% tak tau naik sebab apao, minyak mahal ko beras mahal, tapi itulah nasi belauk tak pakai minyak petrol/diesel tapi naik jugok doh. kesan kenaikan hag=rga global mungkin.
ab=mbo sahabt boh yi nih.

newkk said...

minyak naik, beras naik, satur naik, tambang naik, air sejuk naik, nasi berlauk naik, gi golok naik, tapi elaun tak naik, duduk kat rumah pun tak naik. Perdana Menteri naik lagi ke.