Thursday, June 19, 2008

Dato' Seri Mohd Najib, Presiden UMNO, sempatkah?

Yang dipapar ini, buka kisah yang ku dengar dan ku lihat, tapi dari pandangan peribadi untuk dikongsi bersama bagi mencari jawapan sebenar apa yang diperkatakan oleh Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Timbalan Presiden UMNO Malaysia, berhubung dengan kemelut dalam UMNO sekarang terutamanya isu peralihan kuasa.

Dato' Najib kata, dia tidak akan mengkhianati UMNO kerana Ayahnda beliau, Tun Abdul Razak Husein adalah salah sorang pengasas UMNO, tapi beliau juga tidak pernah mengatakan bahawa beliau bersedia menawarkan diri sebagai Presiden UMNO walaupun beliau tahu keadaan UMNO sekarang berada dalam keadaan tenat setalah 5 negeri jatuh ketangan pembangkang dan 3 negeri yang dulunya dikuasai UMNO telah tumbang.

Presiden UMNO saja yang boleh mengatur corak dan kaedah bagi mempastikan hala tuju UMNO akan datang bagi mempastikan rakyat yakin kepada perjuangan parti politik yang tertua di negara kita ini. Betul kah tindakan Dato' Najib dengan hanya menjadi orang no2 tidak dianggap sebagai pengkhianat kepada UMNO sedangkan rata rata ahli UMNO akar umbi mengharapkan supaya beliau menggantikan Pak Lah sekarang. Kalau akar umbi tidak mahu beliau mengganti Pak Lah kenapa ada desakan supaya berlaku peralihan kuasa.

Apakah Dato' Najib akan tunggu dan tunggu setelah Dato' Seri Anwar Ibrahim dah jadi Perdana Menteri, barulah beliau mahu jadi Presiden UMNO dan pada waktu itu untuk apa jadi Presiden yang partinya sudah hilang kuasa, dah jadi parti pembangkang.

UMNO perlu pemimpin baru, dan apakah setelah Pak Lah berhenti jadi Presiden dan Tengku Razaleigh cukup pencalunan baru Dato' Najib mahu menawarkan diri untuk merebut jawatan Presiden, jadi kalau lawan Tengku Li tak apa, tapi kalau lawan Pak Lah tak boleh takut ahli parti berpecah. Sayang kepada parti mesti amalkan perlembagaan dan perlembagaan diadakan untuk menjadi panduan ahli ahlinya, perlembagaan mengatakan setiap 3tahun sekali mesti diadakan pemilihan jawatan.

Kenapa pemilihan dibanarkan, kerana hendak beri peluang kepada ahli ahli memilih pemimpin, dan pemimpin kenalah terima hakikat bahawa ahli ahli ada hak untuk memilih mereka,jangan pula ada tekanan dan ugutan apabila ada orang yang hendak sama sama menawarkan diri menjadi pemimpin.

Bak kata Ayat Ayat CINTA."pilihlah daku jadi temanmu".



No comments: