Wednesday, December 15, 2010

Cerita Liwat dan Bunuh dalam lapuran Wikileaks?

ribuan orang manusia mendengar ceramah Anwar Ibrahim di tama melati semalam.

Semalam saya ketempat majlis ceramah oleh Ketua UMUM Parti KEADILAN Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Taman Melati yang terpaksa diadakan dalam sebuah khemah seperti tempat menonton pesta Dikir Barat. Ramai penonton dan pendengar dari anak-anak muda kepada orang tua, mendengar penjelasan berhubung dengan lapuran yang dibuat oleh Wikileaks.

Inti pati penjelasan Anwar Ibrahim pada malam tadi berkisar kepada isu Liwat dan Pembunuhan yang menjelaskan bahawa cerita yang dengar cakap dan tidak ada bukti adalah tidak boleh dipakai. Kalau ada orang percaya dengan lapuran yang ditulis oleh Wikileaks soal Liwat maka orang juga kena percaya dalam soal pembunuhan. Mendengar hujah Anwar Ibrahim itu saya sudah berpeluh, berpeluh bukan soal isu Liwat tapi berpeloh soal isu pembunuhan.

Saya ingin memetik satu kertas yang ditulis oleh YB. Saifuddin Nasution, Setiausaha Agong KEADILAN yang memetik lapuran yang dibuat oleh Peter Ho yang diedarkan semalam:-

Peter Ho (Singapore)

Dalam Mac 2008, En Ho mengutuk mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed kerana "membaling batu" kepada pengganti, Tun Abdullah Badawi. Komennya terhadap Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamauddin adalah lebih kasar.

Menurutnya, "Khairy Jamaluddin akan ditikam didalam UMNO kerana tiada orang yang sukakannya (Khairy) kerana Khairy naik dalam politik akibat pertalian keluarga". Inilah kerja yang dibuat oleh Wikileaks yang nampak ada perkara yang tidak disenangi dengan keamanan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Berbalik kepada majlis ceramah semalam, nampaknya amat sukar untuk BN menghalang sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat, khasnya Parti KEADILAN yang sebelum daripada ini nampak malap tapi ternyata sokongan rakyat kepada Anwar Ibrahim masih lagi kuat dan mungkin akan bertambah ramai dan besar.

Anwar Ibrahim akan menjelajah seluruh pelusuk tanahair bagi mendedahkan segala kepincangan yang telah berlaku dalam pentadbiran Kerajaan BN dan yang syoknya apabila Anwar Ibrahim sanggup berdepan dengan sebarang thomoh dan fitnah terhadap dirinya, katanya tidak ada apa lagi yang beliau perlu bimbang, 'saya telah ditelanjang, ditumbuk, diaib dan dimalukan juga dikeji, tapi saya masih kuat dan bertambah kuat', katanya dengan mendapat tepukan yang bergemuruh dengan laungan 'reformasi 3x.

Yang memilukan apabila beliau telah memaafkan terhadap orang yang mengkhianatinya dulu, walaupun berdepan dengan kesedihan yang menimpa isteri kasayangannya Datin Wan Azizah Ismail serta anak-anak dan cucunya. Tapi malangnya masih ada orang yang tergamak memalu dan mengaibkan keluarganya. Itulah kehebatan yang terdapat dalam diri Anwar Ibrahim.

Bedzanya Anwar Ibrahim dengan Dato' Sri Najib adalah yang mana Anwar Ibrahim mendapat dokongan dan sokongan yang padu daripada pengiktunya tapi tidak kepada Dato' Najib Tun Razak yang terpaksa berdepan dengan masaalah yanag dibuat oleh ahli-ahli kabinetnya dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Itulah sebab sekarang ini Dato' Najib nampak keseorangan dalam menarajui Kerajaan dan Parti.

Dalam pengamatan saya sekiranya Kerajaan BN tumbang dalam PRU 13 nanti adalah bukan kerana Dato' Najib tidak berwibawa tapi disebabkan Dato' Najib tidak dapat menterbiahkan para menteri dan pemimpin UMNO di peringkat Majlis Tertinggi, Negeri dan Bahagian. Malang bagi Dato' Najib kerana tidak mendapat lapuran yang benar daripada orang harapannya.

Tengok budak-budak pemuda UMNO dalam Kerajaan, belum apa-apa lagi dah hentam Anwar Ibrahim dalam isu lapuran Wikileaks, akhirnya apabila isu Dato' Najib dan Khairy didedahkan dalam Wikileaks telah memakan diri, dah tak dapat nak kata apa kerana telah mercik kemuka sendiri. Itulah akibatnya apabila berpolitik dengan gelojoh yang mengamalkan politik ampu.

Atau Mukhris Mahathir dan Ghazali Ibrahim tahu bahawa nama Khairy Jamaluddin juga disebut dalam lapuran Wikileaks maka sebab itu mereka berdua beriya-iya benar meminta rakyat supaya percaya kepada lapuran Wikileaks tersebut, sekiranya itulah niat mereka berdua maka adalah betul lapuran Wikileaks bahawa Khairy Jamaluddin akan ditikam dalam partinya sendiri. Adakah jahat begitu sekali permainan politik dalam UMNO hari ini?.

No comments: