Monday, December 27, 2010

Jadilah seorang PAHLAWAN yang 'bisa'.

gambar hiasan mencuci mata untuk ahli-ahli yb.

Beberapa bulan yang lalu serangan supaya Dato' Seri Anwar Ibrahim berhenti jadi Ketua UMUM Pakatan Rakyat bertalu-talu dengan alasan bahawa Anwar Ibrahim sudah tua, desakan tersebut datangnya dari orang yang diberi tempat oleh Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya umum ke 12 dan menang, kini jadi Ahli Parlimen bebas kerana keluar dari parti KEADILAN.

Kini muncul pula desakan meminta Ton Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan supaya letak jawatan kerana tidak sihat dan sering dimasukkan ke hospital juga datangnya dari seorang ahli parlimen bebas yang dulunya diberi peluang bertanding atas tiket PAS dan menang dalam pilihanraya umum ke 12.

Semua itu melibatkan pemimpin Melayu dan Islam dan yang menyuruh Anwar Ibrahim serta Tok Guru Nik Aziz letak jawatan datangnya daripada Ahli Parlimen Melayu, yang sepatutnya berusaha bagi mewujudkan perpaduan melayu. Yang bersuara itu juga menampilkan dirinya sebagai jaguh Islam dan jaguh melayu tapi bersuara untuk menjatuhkan pemimpin Islam dan Melayu.

Soal politik sepatutnya diselesaikan dengan cara politik, tunggu saja pilihanraya umum ke 13 dan jatuhkan pemimpin yang anda tidak suka, begitu juga dengan anda perlu bersedia supaya anda juga tidak jatuh dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Bimbang takut dimasa anda mendesak orang itu dan orang ini letak jawatan. anda sendiri yang kecundang.

Ahli parlimen yang mendesak supaya Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Aziz letak jawatan itu bukan datangnya dari kalangan orang yang ada parti, nak jadi kerajaan pun tak boleh dan nak jadi parti pembangkang pun tak boleh hanya nampak sangat semata-mata nak berbodek Kerajaan BN supaya mendapat sesuatu.

Sekiranya mereka itu ada asas perjuangan politik yang kukuh sepatutnya mereka menyertai mana mana parti politik di Malaysia ini, berjuang secara berpolitik kepartian jangan terumbang ambing tak berhujung pangkal, susah orang mahu mengikutnya, sekiranya tak ada parti yang sudi menerimanya sebagai ahli, tubuhkan parti baru seperti Zaid Ibrahim dan apabila sampai pilihanraya barulah dapat diukur sejauh mana pengaruh kita dengan rakyat.

Saya cadangkan PERKASA didaftar sebagai sebuah parti politik kerana dasarnya jelas iaitu untuk mempertahankan perlembagaan Malaysia, memertabatkan institusi Raja-Raja melayu dan memelihara kepentingan bangsa melayu. Ahli parlimen dan DUN yang tidak berparti bolehlah join dalam parti PERKASA nanti dan dah rasa kuat sangat bolehlah kalahkan Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Meriah pilihanraya umum ke 13 apabila Ibrahim Ali lawan Tok Guru Nik Aziz, Zulkepli Nordin lawan Anwar Ibrahim dan Zaharin lawan Azmin Ali, sekiranya mereka bertiga itu dapat mengalahkan tokoh-tokon dari Pakatan Rakyat itu bererti mereka boleh dinobatkan sebagai seorang pahlawan yang paling bisa dalam politik tanahair. Beranikah mereka itu?.

Cukuplah mendesak untuk orang letak jawatan, bercakaplah soal maruah artis-artis melayu yang tampil dalam rancangan skrin pada malam minggu yang lalu, terdedah sana terdedah sini yang boleh mengalahkan bintang-bintang prono hollywood. Itu yang patut Ahli Parlimen bersuara kerana siaran rancangan itu melibatkan station TV yang pro kerajaan dan dihadiri oleh Menteri Kerajaan.

Sepatutnya kerja Ahli parlimen yang tidak berparti itulah menganjurkan tunjuk perasaan di Kementerian Penerangan supaya Kerajaan menarik balik lesen penyiaran station TV tersebut kerana boleh mencemarkan imej negara Malaysia yang terkenal sebagai sebuah negara Islam dirantau ini.

Apakah kerana nampak paha dan dedah tetek, mereka Ahli Parlimen yang tidak ada parti alpa dengan tanggongjawab sebagai seorang Islam, atau kerana takut hilang punca rezeki turut sama bersetuju dengan siaran yang amat sexy itu.


1 comment:

emaswarisan said...

Orang perempuan yg 'berkemban' di khalayak ramai adalah tidak bermaruah sebab pakaian berkemban hanya layak di dalam bilik mandi dan bilik tidur sahaja.