Saturday, December 11, 2010

Zaharin vs Muhyidden, Siapa Menang?

Sdr. Zaharin Yassin (Sang Kelembai).

YB.Fuad Timbalan Menteri Pelajaran yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO melebalkan Parti KEADILAN Rakyat (PKR) sebagai 3F iaitu Family, Fraud, Forgery ini katanya kerana PKR dipimpin oleh anak beranak iaitu Ketua UMUM, Presiden dan salah seorang Naib Presiden adalah dalam satu keluarga.

Nampaknya Fuad melihat kepada kesempatan yang boleh diambil dan dijadikan contoh bagi menerjah YAB Dato' Sri Mohd Najib, Perdana Menteri Malaysia yang mana mewarisi jawatan Perdana Menteri Malaysia daripada ayahndanya Allahyarham Tun Abdul Razak Husein. Begitu juga agaknya untuk menghakis pengaruh persaudaraan diantara Dato' Sri Najib dengan Dato' Sri Hishamuddin Husein.

Bukan Fuad lupa dan tak ingat bahawa Najib dan Hishamuddin itu adalah sepupu (sepupu juga lebih kurang adik beradik, dari darah daging yang sama). Memang Faud sedar itu dan kerana sedarlah beliau ambil kesempatan untuk menyindir dalam ertikatanya supaya UMNO jangan jadi serupa PKR.

Apa yang salahnya sekira dimasa depan Najib jadi Perdana Menteri dan Hishamuddin jadi Timbalan Perdana Menteri mereka itu sepupu dan dapat kepercayaan daripada ahli-ahli UMNO. Apa tujuan Fuad mengungkit kehebatan keluarga Dato' Sri Anwar Ibrahim menerajui PKR kalau tidak ada motif tertentu.

Bos Faud dalam Kementerian Pelajaran adalah Tan Sri Muhyuddin dan berasal sama dari negeri Johor, tentu ada signal yang hendak disampaikan oleh Fuad kepada ahli-ahli UMNO terutamanya apabila kekosongan jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam kata lain Fuad tidak mahu Hishamuddin jadi Timbalan Perdana Menteri agaknya. Itulah politik UMNO Negeri Johor.

Kebetulan pula sekarang ini UMNO Bahagian yang mengambil nama TUN RAZAK iaitu UMNO Bahagian Tun Razak berada dalam keadaan nazak sehingga bil-bil air pun tak boleh dibayar. Itulah sebabnya Sdr Zaharin Yassin (Sang kelembai) marah sangat kepada Mahyuddin Yassin kerana selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah tidak ambil peduli untuk menyelesaikan masaalah UMNO Bahagian Tun Razak.

Apakah Muhyidden sengaja tidak mahu peduli bagi menyelasaikan masaalah dalam UMNO Bahagian Tun Razak kerana semata-mata untuk 'mencemarkan' nama TUN RAZAK. Kawan saya Yusof Merah bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa dan kini menjadi orang kuat PERKASA melahirkan perasaan sedih kerana pemimpin UMNO tidak mengambil berat untuk menjaga imej TUN RAZAK yang mana anaknya adalah Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Jangan biarkan nama pemimpin Agong kita TUN RAZAK dicemarkan, UMNO Bahagian TUN RAZAK hendaklan diselamatkan dari jadi hurahara, jerit Yusof Merah depan kawan-kawan UMNO di The Mall petang semalam. Ini pemimpin UMNO asyik dok jaga tepi kain orang sedangkan dalam kain sendiri, barang pun tak naik tambah Yusof secara berselora.

Betul juga kata Yusof Merah tu, buat apa peduli dan ulas pasal PKR, ikut PKRlah nak pilih siapa pemimpin pun kerana itu urusan PKR, UMNO sepatutnya menyakinkan rakyat bahawa UMNO parti yang masih relevan untuk orang melayu, itu pun kalau orang percaya, tapi nampaknya dengan keangkuhan pemimpin UMNO sekarang rakyat sudah hilang kepercayaan kepada UMNO.

Kenapa pemimpin UMNO takut pada Anwar Ibrahim, kerana Anwar didokong oleh PAS dan DAP dan UMNO tahu bahawa orang Cina sekarang ini kuat menyokong DAP manakala orang Melayu pula kuat menyokong PAS dan PKR pula disokong oleh orangf Melayu, Cina, India, Khadazan, Iban, Siam, Orang Asli Dll.

Kerana UMNO tidak yakin kepada kekuatan yang adalah, maka terdapat dikalangan pemimpin UMNO sedang mencari tapak selamat dan mereka tahu apabila UMNO tidak selamat maka PUTRAJAYA juga tidak akan selamat sepertilah Zaharin Yassin tidak selamat didalam UMNO Bahagian TUN RAZAK sekiranya Muhyuddin Yassin bijak.

Berbalik kepada kata-kata Fuad bahawa PKR adalah parti yang mengamalkan pemalsuan dan penipuan nampaknya lebih lajak dari laju. beliau cuba sembunyikan apa yang berlaku dalam UMNO. Fuad tidak bercakap pasal UMNO yang masih lagi kencing berdiri yang sepatutnya beliau tegur untuk kepentingan melayu. Yang saya tahu dalam UMNOlah berlakunya pemalsuan dan penipuan terutamanya UMNO Bahagian Ketereh dan Ibu Pejabat UMNO MALAYSIA.

Berkata benarlah walaupun pahit, kasihan kepada Dato' Sri Najib berkerja 'sukur semban' nak kuatkan UMNO tapi orang kelilingnya termasuk menteri dan timbalan menteri masih membuat onar yang menyebabkan rakayat benci kepada Kerajaan. Sekiranya Dato' Najib silap buat perhitungan dalam perlantikan Pengerusi Perhubungan UMNO dan pembentukan kabinet baru ianya akan permudahkan Parti Pakatan Rakyat mengambilalih PUTRAJAYA.

5 comments:

Cikli said...

salam tuan,

saya suka ayat umno masih kencing berdiri.

harap fuad zarkashi tidak melalui apa yang ahmad maslan lalui.

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alAssalamu alaikum. Tun Razak perdana menteri. Birasnya timbalan perdana menterikemudian jadi perdana menteri. Masa zaman Tun Razak jadi PM juga Tqan Sri Hamzah Abu Samah birasnya pun dalam kabinet. Disambung pula oleh Najib dan Hishamuddin. Ada satu keluarga lagi, Mahathir dan Muklis.

Anak Watan Al-Malizie said...

Salam...UMNO Bahagian Ketereh termasuk dalam list juga ? Tolong buat 'kerobek' [ dedah ] sikit... Ye ke YBnya akan jadi Ketua Penerangan UMNO Malaysia ? Kalau begitu bererti UMNO Bahagian Ketereh akan tambah perkasa ! Bererti UMNO Kelantan akan tambah kuat ! ... Dari bawah nampaknya UMNO Bahagian Ketereh tak ada maya...YBnya tak pernah singgah dekat replika buah ketereh !...sedangkan ramai pendokong setia disitu.. Macamana ?

exnavy said...

biras tak sama dengan anak beranak la bro?
hj nape fikiran hj dah tak normal dah? sekarang,,,hj, sekarang hj tengak dok sedur ludah,kahak,griyok yang hj kehek dulu ji...

Ramli Mohd Yunus said...

Saya termasuk blog ini..zaharin vs muhyiddin tajuk yang paling dangkal dan menggelikan hati. Jangan lah bagi Zaharin syok sendiri. Macam langit dengan bumi ketujuh Zaharin dengan Muhyiddin ini.

Zaharin ahli UMNO biasa..terlalu biasa. Sekolah tak tau dimana. Ilmu nya entah dari mana... keperibadian nya amat jauh bukan sahaja dengan Muhyiddin, dengan saya pun macam langit dengan bumi.

Inilah masalah poitik negara ini, tak kenal yang mana intan dan yang mana permata. Zaharin dari kaca kelas rendah, hanya boleh dibuat kaca tingkap.Ada sikit sikit kelebihan menulis dan baca buku sikit sikit, pemimpin pun terjual, sebab mereka dari kalangan yang tak mahu layan orang macam Zaharin atau mereka dari kalangan yang amat kurang membaca...maka jadinya Zaharin yang tahu terlalu sedikit ilmu pun jadi rujukan.

Tin tin kosong adakalanya mengeluarkan bunyi bising yang mengganggu maka eloklah dijual tin tin kosong itu untuk dapat seringgit dua..boleh juga bayar duit dobi...