Wednesday, December 8, 2010

Syurga dan bertukar jadi neraka?


Khir Toyo, Bekas Menteri Besar Negeri Selangor telah didakwa di mahkamah atas tuduhan melakukan RASUAH, beliau adalah salah seorang pemimpin UMNO yang telah disiasat oleh pihak Badan Pencegah Rasuah SPRM. Sebelum daripada ini pun ada pemimpin UMNO yang disiasat dan didakwa setelah dibicarakan ada yang dipenjara, tapi ada juga yang dilepas bebas.

Khir Toyo kelihatan senyum semasa berada di mahkamah dan sempat melafaskan kata-kata bahawa beliau gembira kerana mahkamah akan membersih namanya. Yakin betul beliau. Begitulah juga halnya dengan salah seorang kenalan saya yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana tuduhan rasuah, pada mulanya dia teramat yakin kerana peguamnya memberi harapan dan setelah mahkamah menjatuhkan hukuman barulah beliau tahu bagaimana rasanya berada didalam penjara.

Kes Khir Toyo ini adalah kes baru, pendedahan rasuah terhadap Khir Toyo ini setelah Kerajaan BN Selangor jatuh kepada Pakatan Rakyat setelah gambar kemewahan rumahnya disiarkan oleh blog-blog. Inilah pengajaran yang paling berkesan kepada rakyat, kalau mahu melihat siapa pemimpin UMNO yang boleh didakwa atas tuduhan rasuah maka apabila bertukar kerajaan akan berlakulah pendedahan.

Terdahulu daripada ini, Menteri Rais Yatim pernah menyebut ada berbelas-belas kes berprofile tinggi berhubung dengan rasuah sedang disiasat oleh SPRM, kenyataan Rais Yatim itu tidak disambut oleh kerajaan semasa dibawah pentadbiran Tun Abdullah Badawi, kini Malaysia dibawah pentadbiran Dato' Sri Mohd Najib, adakah akan terlepas mereka yang failnya masih dalam simpanan SPRM, sekiranya dimasa Dato' Najib ini pun terlepas juga itu menandakan BN akan ditolak oleh rakyat yang mahu melihat gejala rasuah dihapuskan.

Kerana rakyat sudah tahu, untuk membongkar kegiatan rasuah dikalangan pemimpin hanya satu cara saja yang mudah supaya mereka itu dapat didakwa iaitu dengan cara menukarkan kerajaan. Lihat seperti apa yang berlaku di Selangor hari ini, Khir Toyo didakwa rasuah kerana kerajaan Selangor tidak lagi dibawah pentadbiran BN. Kerajaan BN dulu telah jatuh dan kalah di Selangor.

Pilihanraya UMUM ke 13 akan menyaksikan pertandingan yang menarik diantara BN dengan PR iaitu Barisan Nasional yang masih berkuasa dinegeri-negeri Johor, Melaka, N.Sembilan, Pahang, Trengganu dan Perlis disemenanjung tidak termasuk Sabah dan Serawak manakala Pakatan Rakyat pula menguasai Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Wilayah Kuala Lumpur dan Selangor. Perak tidak disebut kerana kerajaan yang ada hari ini adalah sebuah kerajaan yang tidak bermoral dengan cara bermain 'e lat'.

Isu utamanya mampukah Kerajaan BN menentang rasuah, kerana UMNO sebagai tonggak kekuatan BN dalam Perhimpunan Agong baru-baru ini tidak langsung menyentuh untuk membasmi gejalah rasuah secara serius hanya terdengar suara mengampu yang berlebih-lebihan, atau amalan rasuah menjadi sebahagian gaya hidup dikalangan pemimpin.

Kasitah Gadam, Ling Liong Sik dan kini Khir Toyo belum cukup untuk rakyat menilai kesungguhan SPRM membasmi rasuah dikalangan pembesar negara yang kaya raya, kerana rakyat sendiri dapat melihat dan menghitung kedudukan seseorang itu yang mana gaya hidup adalah melampaui kemampuan pendapatan sebenar. Ini jugalah termasuk dalam bab mengapa saya kecewa dengan UMNO dan membuat keputusan untuk Keluar dari UMNO.

Polis, kakitangan awam berpendapatan rendah dan rakyat biasa sudah dipenjara kerana rasuah mereka akur denga keputusan mahkamah, mereka makan sikit-sikit mereka makan kecul-kecil, salah tetap salah tapi mereka mahu juga melihat apakah kerana makan besar dan banyak bukan penjara ditempatnya, masih boleh mengumpul kekayaan yang melimpah ruah.

No comments: