Thursday, December 16, 2010

Kasihan Dato' Najib !

"orang keliling sedang mengkhianatinya"





Senang undang-undang Parlimen Malaysia, untuk memperolehi 2/3 undi bagi memindakan rang undang-undang gantung saja Ahli Parlimen dari Pembangkang. Itulah yang sedang berlaku di Parlimen Malaysia, kerana terlalu demokerasi wakil rakyat yang dipilih secara sah oleh rakyat senang saja untuk dihalang berada didalam Dewan Rakyat.

Oleh itu, supaya rakyat tidak sakit kepala memikirkan soal politik di Malaysia adalah elok semua rakyat Malaysia menyarankan kepada Kerajaan supaya dipinda atau buat rang undang-undang baru iaitu negara hanya membenarkan satu parti saja bertanding dalam pilihanraya di Malaysia ini iaitu parti BN yang disertai oleh ahli-ahli berbagai bangsa yang mempunyai semangat KETUAN MELAYU.

Atau pun buat undang-undang iaitu hanya Dewan Negara saja yang boleh meluluskan setiap rang undang-undang yang hendak diubah ataupun yang hendak dibuat baru. Kan senang bagi pihak kerajaan untuk melaksanakan apa yang kerajaan fikir perlu dibuat. Ahli Parlimen hanya diminta hadir ke Parlimen bagi mengesahkan untuk menerima gaji dan elaun.

Barulah Ahli Parlimen tak payah bersusah lelah menjaga rakyat sebagaimana yang diamalkan oleh wakil-wakil rakyat BN hari ini. Turun bertemu rakyat hanya semasa ada peruntukan yang hendak diumumkan setelah dilulus oleh Kerajaan, kan senang kerja.

Lagi pun Dato' Najib dah memuji bahawa Negara Malaysia ini ditadbir oleh ahli politik cekap. Apa yang Dato' Najib kata cekap itu perlu juga dihalusi, apa jenis cekap orang politik di Malaysia tadbir. Cekap rasuah kah, cekap rompak harta rakyat ke, cekap berbini ke, cekap membodek ke atau cekap menipu. kerana ada seorang menteri itu cekap menipu saya.

Melihat kemelut yang berlaku dalam politik Malaysia hari ini sekiranya BN tidak benar benar menghayati citarasa dan denyut nadi rakyat adalah dibimbangkan usia politik Dato' Najib tidak akan lama, isu-isu sensitif dan peribadi sedang menjalar dalam blog-blog, ahli-ahli UMNO sudah pertikai peranan Rosmah Mansor dalam Kerajaan BN, rakyat sudah muak dengan menteri melayu yang bercakap untuk mempertahankan hak keistimewaan melayu tapi bertengek dan mencuruhkan kekayaan negara kepada bangsa lain.

Orang melayu sebenarnya sedang takut dengan dasar yang kerajaan buat hari ini, orang melayu merasakan peribahasa KERA DIHUTAN DISUSUKAN, ANAK DIRUMAH KELAPARAN sedang giat dilakukan, banyak contoh-contoh yang boleh diambil iktibar bagaimana peluang orang melayu disempitkan, contoh yang nyata adalah dasar 'runding terus' bagi mendapatkan projek dari Kerajaan telah dihapuskan melalui kenyataan, sama ada masih berlaku ataupun tidak hanya mereka yang rapat dengan Perdana Menteri saja yang tahu.

MEP adalah satu dasar yang tidak menguntungkan Ketuanan Melayu, tidak melindungi peluang perniagaan Ketuanan Melayu sedangkan UMNO dikatakan berjuang untuk mempertahankan KETUANAN MELAYU. Ketuanan Melayu yang dipertahankan oleh UMNO hari ini ialah dengan menangguhkan Pemilihan dalam parti selama 18 bulan supaya Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang akan direhatkan oleh ahli-ahlinya nanti boleh kekal sehingga pilihanraya dan boleh bertanding dalam pilihanraya umum walaupun rakyat sudah tolak.

Sebagai bekas ahli UMNO adalah dinasihatkan kepada Tan Sri Mahyuddin Yassin yang kini adalah Timbalan Presiden UMNO bersiap sedialah untuk menerajui UMNO takut-takut berlaku perkara yang tidak diduga yang datangnya dari ahli-ahli UMNO diakar umbi. Mereka bukan tidak sayangkan kepada Dato' Najib tapi Dato' Najib sedang dikhiananti oleh orang-orang dikelilingnya yang akhirnya beliau terpaksa membuat pilihan.

No comments: