Thursday, December 9, 2010

Ahli UMNO menghormati Tok Guru Nik Aziz.

IMG00479-20101130-1431.jpg
Didalam gambar diatas kedua-duanya sahabat saya, Sdr Tamrin Ghafar (anak Tun Ghafar Baba yang terlibat memerdekakan Tanah Melayu dan menubuhkan UMNO) manakala Sdr Aspan Alias adalah penyokong tegar YBM Tengku Razaleigh Hamzah (anak raja berjiwa rakyat), kedua-duanya masih menjadi ahli UMNO tidak seperti saya yang telah pun keluar UMNO.

Apa yang hendak saya catitkan disini berhubung dengan tulisan Sdr Aspan dalam blognya ASPAN ALIAS sebuah catatan perjalanan politik bangsa (melayu, cina, india, iban, khadazan dll) berkenaan kesihatan Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan yang heboh dilapurkan oleh blog-blog yang kurang siuman bahawa Tok Guru Nik Aziz sedang sakit tenat yang membuat saya menghubungi Sdr. Haji Sayuti Omar (MSO) bagi mendapat kepastian.

Sah dan jelas bahawa Tok Guru Nik Aziz masih sihat, Alhamdullilah. MSO telah melapurkan dalam blognya beserta dengan gambar terbaru Tok Guru Nik Aziz yang kelihatan ceria dan masih lagi gagah.

Saya telah bersama Tok Guru Nik Aziz pada 6hb. November 2010 dirumah beliau selepas subuh dengan MSO dan Sdr. Rusdan serta ditemani oleh menantunya Ariff Fahami dan anaknya Nik Abduh. Satu jam lebih kami bersama yang menampakkan bahawa walaupun itulah kali pertama saya kerumah Tok Guru Nik Aziz tapi suasananya seperti kami dah kenal lama. Peramah, Periang dan Pemaaf, itulah diantara sifat yang tidak boleh saya lupakan dalam sejarah pertemuan kali pertama saya dengan Tok Guru Nik Aziz.

Berbalik kepada hasrat Sdr. Aspan yang teringin berkunjung kerumah Tok Guru Nik Aziz dalam sehari dua ini apabila beliau sampai ke Kelantan adalah amat-amat dialu-alukan lagi pun Aspan mengakui bahawa beliau sangat menghormati kepada Tok Guru Nik Aziz kerana katanya Tok Guru Nik Aziz adalah individu yang tidak tertipu dengan tuntutan sosial yang lazim dialami oleh ramai pemimpin-pemimpin kita dan isteri-isteri mereka.

Semuga pertemuan Aspan dengan Tok Guru Nik Aziz nanti akan membuka lambaran baru dalam sejarah kehidupan Sdr. Aspan dengan harapan Sdr. Aspan akan berubah angin sepertimana Sdr. Tamrin Ghafar yang telah beberapa kali berjumpa dengan Tok Guru Nik Aziz sehingga Sdr. Tamrin Ghafar berada diatas pentas bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor baru lalu.

Tidak mustahil disatu hari nanti Sdr. Aspan Alias dan Sdr. Tamrin Ghafar akan berada dipentas Pakatan Rakyat sebelum pilihanraya umum ke 13 ataupun mengistiharkan diri keluar dari UMNO sepertimana yang saya lakukan. Yang pasti apabila YBM Tengku Razaleigh Hamzah keluar UMNO maka Tamrin Ghafar dan Aspan Alias juga akan keluar UMNO.

No comments: