Tuesday, May 3, 2011

Menjawab Pertanyaan Mustapha Mohamed.

lakunan Mustapha Mohamed, buat-buat tanya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Dato' Mustapha Mohamed menyelar Kerajaan PAS negeri Kelantan kerana belum melaksanakan projek jambatan merintasi sungai Kelantan dari kampung Cina, Kota Bharu ke Palekbang Tumpat.

Angkuhnya orang kaya bercakap setelah 65% jambatan kedua Sultan Yahya Petra siap walaupun jadual asal patut siap pada Disember 2009. Kita berharap jambatan tersebut akan siap sepenuhnya sebelum pilihanraya umum ke 13 supaya tidak memberi kesan politik kepada Mustapha Mohamed khasnya untuk mempertahankan Parlimen Jeli dan jawatan Menteri.

Kita bimbang sekiranya jambatan yang bernilai RM159 juta itu tidak siap sepertimana tempoh yang telah diberi ianya akan menjadi isu politik yang mengakibatkan kewibawaan Mustapha Mohamed selaku Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan akan dipertikaikan oleh rakyat Kelantan dan akan merebak ke Jeli.

Mustapha Mohamed sepatutnya tidak mencabar Kerajaan PAS Negeri Kelantan yang belum lagi memulakan pembinaan jambatan dari kampung Cina ke Pelakbang yang beliau juga tahu sebab-sebabnya. Yang patut Mustapha Mohamed tekankan ialah projek projek yang telah diluluskan oleh Kerajaan BN yang mana peruntukan telah pun dikeluarkan dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Selain daripada projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra yang belum siap banyak lagi projek politik Kerajaan BN Kelantan dibawah kelolaan Mustapha Mohamed belum siap dan tersasar dari jadual asal. Adalah lebih baik Mustapha Mohamed tumpukan perhatian kepada projek-projek Kerajaan BN yang belum siap daripada 'membebel' terhadap pentadbiran Kerajaan PAS Kelantan.

Kerajaan PAS Kelantan tidak akan tumbang dengan mewar-warkan soal projek yang belum dilaksanakan kerana sesuatu projek yang belum dilaksanakan belum ada wang yang mengalir tapi projek yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan UMNO/BN tentulah sudah ada wang yang dibayar tapi kenapa projek itu tidak siap mengikut jadual. Tentu ada sebab yang tidak menasabah.

Mustapha Mohamed perlu menyelesaikan masaalah dalaman projek-projek Kerajaan UMNO/BN terlebih dahulu sebelum bercakap berhubung pentadbiran Kerajaan PAS Negeri Kelantan. Kerana seluruh rakyat Kelantan sedar dimana sebenarnya tersekat apabila sesuatu projek yang dirancang oleh Kerajaan PAS Kelantan itu terhalang.

Mustapha Mohamed mahu Kerajaan PAS Kelantan mendedahkan berapakah luas projek Ladang Rakyat yang telah diluluskan dan siapa kontraktor tapi Mustapha Mohamed tidak pula mendedahkan berapa banyak projek Kerajaan Persekutuan yang belum siap dan siapa 'brokernya'.

Begitu juga Mustapha Mohamed sebagai Menteri yang bertanggongjawab meluluskan anugerah AP Kereta tidak pula mendedahkan berapa banyak kertas AP Kereta diluluskan dan berapa ramai pemimpin UMNO Kelantan mendapat nikmat lumayan terutamanya ahli-ahli UMNO Bahagian Jeli yang mana beliau adalah Ketua Bahagian?.

No comments: