Tuesday, May 17, 2011

Senator menjadi 'JUARA'

inilah orang harapan PM Najib. tak payah susah susah menang pilihanraya. mp UMNO hanya dijadikan ......?

Rakyat mahu tahu, kenapa Kerajaan BN tidak turunkan harga minyak petrol sedangkan Parti Pakatan Rakyat iaitu PKR, PAS dan DAP telah memberi kesanggupan dan akujanji bahawa hari ini PR memerintah Malaysia dalam masa 24 jam minyak patrol akan diturunkan.

Apakah Kerajaan BN tidak peka terhadap masaalah rakyat sedangkan kerajaan BN tahu dengan kenaikan harga minyak pertol itu ianya akan membebankan rakyat yang mempunyai kenderaan bermotor.

Rakyat hari ini tidak peduli siapakah yang menjadi pelakun dalam video sex sehingga kerajaan terpaksa membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi menghantar pegawai polis ke Amerika untuk mencari kepastian yang tentunya belum pasti kesahihannya. Perbelanjaan wang rakyat yang merugikan.

Yang rakyat mahu masaalahnya dibela oleh Kerajaan BN, mereka mahu minyak diturunkan, harga gula diturunkan, harga susu dan tepong kegunaan harian diturunkan, bukanya mendapat bebanan seperti hari ini. Menyokong Kerajaan BN tapi membebankan kehidupan.

Nampaknya janji Pakatan Rakyat melalui 'buku jingga' membuka mata rakyat jelata. Rakyat tahu bahawa hasil negara disalah urus oleh Kerajaan BN sehingga mengakibatkan rakyat menanggong bebab. Hasil minyak negara yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat jelata hanya diagih-agihkan kepada beberapa orang individu yang kaya raya. rakyat dibiarkan merana.

Tuntutan rakyat akan diterjemahkan apabila menjelangnya pilihanraya, keranda untuk mengusung Kerajaan BN dalam PRU 13 sudah ditempah oleh rakyat jekata, rakyat mahu menuntut hak, rakyat mahu kerajaan adil kepada mereka. rakyat mahu hak mereka diagihkan sama rata.

Rakyat sudah jemu dengan janji palsu dan penindasan. rakyat sudah mula menconggot angka angka kepalusuan janji kerajaan BN. Rakyat sudah tahu khazanah mereka telah dicuri dan diagihkan kepada kroni-kroni. Rakyat sudah hitung satu persatu.

Masanya akan menentukan, cepat diadakan pilihanraya maka cepatlah rakyat akan berpesta dengan kerajaan baru. kerajaan Pakatan Rakyat. Walaupun Anwar Ibrahim dipenjara tapi roh perjuangan untuk menumbangkan kerajaan BN tetap membara-bara dihati rakyat jelata kerana mereka tahu 'penjara itu adalah dusta semata-mata'.

Keyakinan bahawa kerajaan BN akan tumbang dalam piliharaya ke 13 itu adalah kerana sejak saya menyertai PAS teramat ramai rakan-rakan dalam UMNO dan BN menghulurkan salam persaudaraan dengan melafazkan 'tindakan saudara itu betul' dan ini menyakinkan saya apabila mereka itu mempertikaikan kewarasan PM Najib melantik beberapa orang senator dibawah Jabatan Perdana Menteri.

Idris Jala, Koh Tsu Koon, Jamil Khir adalah diantara orang yang dilantik Senator dan diberi jawatan Menteri Penoh dengan beberapa keistimewaan. Sedangkan ramai lagi ahli-ahli Parlimen Melayu yang menang bertanding dan dinobatkan sebagai Ahli Yang Berhormat Parlimen diabaikan begitu saja oleh PM Najib. Apakah MP dari kalangan UMNO tidak layak jadi Menteri atau PM Najib memandang 'lekeh' kepada MP UMNO.

Sekiranya itulah pandangan PM Najib kepada MP UMNO, tak tahulah apa yang akan berlagar didalam kepala puak-puak MP UMNO. tepuk dada tanya selera. PRU 13 makin hampir tiba, tunjukkan lah bara-bara kemarahan, nyalakan lah api-api yang membara. Sebenarnya tidak ada nilai harga perjuangan kepada mereka yang menang bertading, dibuatnya macam sampah. Orang seperi Idris Jala, Koh Tsu Koon dan Jamil Khir yang dapat nikmatnya tidak ternilai, tak payah bersusah susah. diangkat diletak diatas singgahsana untuk memberi unjuk ajar dan arahan kepada MP-MP UMNO. Itukah 1Malaysia.

2 comments:

erina said...

salam sdr soberi;

pertama sekali saya ucapkan selamat maju jaya kepada saudara. yang mustahak adalah destinasinya bukan kenderaan. bila bas yang kita naiki tidak mampu membawa ke destinasi yang dituju, betullah seperti apa saudara lakukan. naik bas lain.

mengenai isu yang saudara bangkitkan: kenaikan harga petrol dan gula mempunyai 'multiplier effect' yang tidak pernah diterangkan kepada rakyat jelata. apa yg ditekankan kerajaan adalah kenaikan 'sedikit' dan masih rendah berbanding negara lain (tanpa membuat perbandingan perkara asas lain).

bila barang lain naik akibat kenaikan harga barangan asas (yg sebetulnya dinaikkan oleh peniaga kerana tidak ada mekanisme bagi mengawal perkara ini), harga ini kekal dan tidak akan turun walaupun harga gula dan petrol diturunkan kembali. Kerajaan yang mengambil alih 'legacy' pentadbiran sekarang akan menghadapi masalah besar untuk memperbetulkan keadaan.

Itulah ekonomi - perlu diuruskan dengan baik dan dibendung daripada inflasi yang mengundang pelbagai ketidak-seragaman. inilah bagi saya kegagalan BN yang membebankan rakyat yang majoritinya Melayu. Bukan sahaja menyusahkan rakyat malah masih 'menipu' dengan pelbagai angka itu dan ini. Sebagai warga kelantan seperti saudara, sebutan NKRA bagi saya berbunyi 'nnate kera.' maklumlah sayakan tak sekolah tinggi - jadi kerajaan fikir senang terpedaya agaknya.

kawan materah dulu
glasgow, scotland

esquire838@gmail.com

UMNO PARTI PENJARA said...

juara generasi baru







Politik BN Poltik Setan - Undi BN Undi HARAM. Adik2 wajib sebarkan kpd mak ayah dan kawan2. Sayang adik :-)
>>>http://Blog1Malaysia.blogspot.com/<<<