semalam ku dengar
- UMNO Bahagian Pasir Puteh, Kelantan, akan ada pertandingan merebut jawatan Ketua Bahagian, Datuk Kamaruddin Md.Nor Ketua UMNO Bahagian sekarang akan dicabar dan beberapa nama telah disebut iaitu Sdr Awi, Ketua Pemuda UMNO Bahagian sekarang, Sdr Hashim Naib Ketua UMNO Bahagian sekarang dan Dato' Shukri Mohamed seorang peguam dan pernah bertanding Ketua UMNO Bahagian tapi tewas ditangan Dato' Kamaruddin Md.Nor.
- Inilah Empat (4) nama-nama yang disebut akan menawarkan diri, untuk merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, setakat semalam dan berkemungkinan bertambah calun untuk menawarkan diri mungkin juga berlaku kerana di Bahagian Pasir Puteh ini ramai pemimpin hebat-hebat dan kaya raya dan bergelar Dato' diantaranya:
- Dato' Wan Mohd Najib, Dato' Suhaimi Yaakob, Dato' Yazid Othman dan Dato' Fahmi Rejab dan sekiranya orang-orang ini juga ingin menawarkan diri maka UMNO Bahagian Pasir Puteh akan mencipta sejarah Negara kerana lapan orang calun akan merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian. tidak mustahil! sekiranya pencalunan tidak mengikut kouta dan hanya 2 pencalunan sudah cukup untuk membolehkan seseoarang itu menawarkan diri.
Bagaimana agaknya pesta akan berlaku di Bahagian Pasir Puteh dengan Orang-orang kaya dan berpangkat Dato' berkempen untuk mendapat sokongan, tentu agaknya hebat ada jamuan,perjumpaan, hulur sana hulur sini, tentunya mewah dan meriah. Maka disinilah akan lahir pemimpin yang betul-betul berkualiti, ahli-ahli tentunya akan dapat menilai yang mana orang yang harus dipilih sebagai pemimpin untuk menentukan parti UMNO akan dapat mengalah PAS dalam pilihanray umum yang akan datang, kerana apabila ramai calun maka kuranglah berpuak-puak.
Apabila selesai pemilihan tentunya calun-calun yang kalah tidak akan berkecil hati dan kecewa kerana ramai ramai yang kalah dan ini dapat mengelakkan ada puak di Bahagian dan tentunya memudahkan Ketua untuk melantik mereka menduduki jawatankuasa Bahagian kerana mereka telah melahirkan semangat untuk berkerja bagi memperkukuhkan parti kerana mereka telah memberi komitmen denga menawarkan diri untuk berkhidmat pada parti.
Sesuai dengan slogan UMNO, bersatu,bersetia den berkhidmat maka menjadi harapan dari ahli-ahli parti dari akar umbi ingin melihat para pemimpinnya mengamalkan slogan keramat UMNO itu dan tentunya sebagai pemimpin mereka juga kena peka terhadap harapan ahli-ahlinya.
Dan diantara sebab mengapat UMNO Kelantan kalah teruk dalam pilihanraya lalu kerana pemimpin dan ahli-ahlinya tidak memegang pada slogan UMNO itu sendiri iaitu 'BARSATU,BERSETIA,BERKHIDMAT kerana masih ada lagi pemimpin UMNO Bahagian yang kurang sedar siapa mereka sebenarnya.
Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "kalau dah setuju,lautan dalam akan diselami".
No comments:
Post a Comment