Apa yang disuarakan oleh YB. Dato' Shahrir Abdul Samad, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu betul. Sindrom bisu memangnya berlaku dalam UMNO, ini ketara berlaku di zaman Tun Mahathir jadi Presiden UMNO, bukan setakat ahli-ahli UMNO takut untuk bersuara, bahkan demokerasi dalam UMNO pun dimatikan.
Sebagai contoh kelasik,(di suatu masa dulu) Seluruh Bahagian UMNO Negeri Kelantan dilarang dari mengamalkan demokerasi, semua jawatan tidak dibenarkan ada pertandingan. Pakai ikut dia tunjuk saja, yang sepatut dah tak boleh jadi Ketua Bahagian, selamat, Ahli dah muak pun dikekalkan lagi sebagai Ketua Bahagian. Dan sedikit sebanyak sistem yang tidak demokerasi yang ditinggalkan oleh Tun Mahathir di Kelantan menyebabkan sehingga hari ini UMNO gagal untuk memerintah negeri kelantan, yang tinggal hanya mereka yang menCINTAI parti tapi perlu ada peluang (gian). Faham fahamkan lah.
Dibawah ini diperturunkan catitan untuk tatapan kita bersama:
Shahrir: Umno terlalu tebal feudalisme.
Umno terlalu tebal dengan feudalisme sehingga ia menjadi antara punca parti itu semakin kurang mendapat sokongan orang Melayu, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Shahrir Abdul Samad."Selagi amalan ini tidak dibuang, tidak dihapuskan, Umno tidak akan berjaya sepenuhnya untuk menarik sokongan orang Melayu, dan rakyat amnya," katanya.Shahrir berkata budaya "feudal" yang dimaksudkannya itu sikap pemimpin bawahan yang "takut bersuara" kerana tidak mahu mengatasi pemimpin atasan, lapor Bernama."Mereka takut bersuara kerana takut dikatakan melebih-lebih. Mereka tunggu pemimpin atas bersuara. "Pemimpin bawahan juga takut bersuara menegur jika apa yang dirasakan mereka tidak kena. Semuanya takut," beliau dipetik sebagai berkata.Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa sikap itu terbentuk kerana pemimpin berkenaan mahu menjaga kepentingan sendiri. "Ya, mereka tak nak bersuara takut kedudukan mereka terjejas. Inilah juga masalah dalam parti sekarang. Mereka bukan lagi nak perjuangkan parti dan bangsa, tetapi untuk diri sendiri," katanya lagi. Shahrir, yang menyifatkan feudalisme itu sebagai "api dalam sekam", berkata pemimpin sedia ada harus berbalik kepada asas penubuhan Umno jika benar-benar sayangkan parti. "Jika dilihat daripada sejarah Umno, kekuatan Umno sebagai sebuah gerakan popular masyarakat Melayu ialah kerana Umno bertindak sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan."Dia (Umno) melihat kepada masalah masyarakat, dan menyelesaikan masalah masyarakat, dia mendengar pandangan masyarakat, Umno menjadi saluran kepada pandangan masyarakat dan ini memberikan satu sistem maklum balas yang demokratik," katanya.Pada zaman itu juga, tambah Shahrir, apabila pemimpin Umno bercakap sama ada di peringkat parti mahupun kerajaan, mereka mewakili pandangan orang ramai bukan pandangan sendiri.
Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "marah tu, kerana sayang & cinta yang mendalam".
No comments:
Post a Comment