Thursday, May 1, 2008

hari pekerja di MALAYSIA untuk siapa?

contoh flet yang didiami oleh pekerja asing





1hb. mei adalah hari pekerja sedunia.

Semua sektor awam bercuti, kebetulan pula awal bulan yang bergaji, hari inilah ramai warga kota keluar bersama keluarga memenohi pasaraya. Berbelanja dan bersantai bersama anak dan isteri, pada yang beristeri lebih daripada satu entah isteri mana yang dibawa keluar hari ini dan bagaimana perasaan isteri yang ditinggalkan dirumah.

Ku mendengar berita TV3 malam ini melapurkan begitu ramai pekerja asing memenohi pusat-pusat membeli belah di Bandaraya Kuala Lumpur, semacam ada pesta bagi rakyat asing dipusat-pusat membeli belah. Semuanya dikontrol oleh mereka, Hari ini Kuala Lumpur dibanjiri oleh pekerja asing. mereka berpesta menyambut hari pekerja sedunia di negara kita.

Mereka ini seolah-olah tidak mahu pulang ke negara asalnya, mereka sudah suka disini, ditanah Malaysia ini, kerana Negara ini aman dan rakyat yang berbilang bangsa tapi hidupnya cukup harmoni, tanah bertuah dan mereka itu sangat mencintainya, mereka (pekerja asing) tidak lagi CINTA pada negara mereka, kerana di negara asalnya mereka belum tahu untung nasib dimasa akan datang, tapi di Malaysia ini mereka sudah tahu, mereka dapat makan,pakai dan tidur dengan aman, bahkan hari-hari cuti begini mereka boleh berhimpun dan berpesta beramai-ramai lebih daripada anak tempatan. Amannya negaraku MALAYSIA.

Maka tak hairanlah ada Flet-Flet di sekitar Kuala Lumpur 90 peratus penghuninya terdiri daripada pekerja asing, anak tempatan semacam menumpang di Flet tersebut, inilah yang terjadi apabila terlalu ramai orang luar berhimpun disatu-satu tempat dan bagaimana nanti di lokasi-lokasi yang ramainya pekerja asing akan untung nasib anak tempatan. Hati-hatilah.

Hari ini baru 1.5 juta pekerja asing terdapat di Malaysia, ini tidak termasuk bilangan pendatang asing kalau dicampur sekali berapa agaknya. Dan mereka ini tentunya tidak menCINTAI negara ini seperti kita rakyat Malaysia, Kita CINTA Negera kita kerana tempat tumpah darah, dan warisan keturunan kita, mereka yang datang dan pendatang peduli apa tahap keharmonian dan keselamatan negara kita, pada mereka kalau apa-apa terjadi kepada kita mereka boleh lari pulang ke negara masing-masing.

Oleh itu kita kena hubaya hubayalah terhadap isu ini,
kerana Ayat-Ayat CINTA "mengatakan dalam bercinta semuanya INDAH".

No comments: