Thursday, May 22, 2008

UMNO akan hancur, apabila Ahli MT berkepentingan diri.

  • Semalam MT UMNO Bermesyuarat lagi.

Dua perkara dibincangkan. salah satunya berhubung dengan surat Tun Mahatihir keluar UMNO dan saya dapat melihat 'KEBIJAKSANAAN' ahli ahli MT buat keputusan, seperti pepatah melayu mengatakan, tarik rambut dalam tepung. Tidak emosinal, tertib dan bertamakninah. Kenyataan Dato' Seri Najib mengambarkan segala-galanya.

Perkara pokoknya apakah perlu ahli-ahli dibawah juga boleh memberi pendapat dan pandangan dan sekiranya perlu maka MT bolehlah mengambil keputusan membenarkan ataupun mengarahkan UMNO Bahagian-Bahagian mengadakan mesyuarat Agong Khas bagi membincangkan hala tuju UMNO selepas Pasca Pilihanraya UMUM lalu dengan membiarkan suara diakar umbi berkumandang memberi pandangan dan pendapat dan mengambil keputusan untuk diberi perhatian dan tindakan oleh MT.

Keputusan yang dibuat oleh ahli ahli di peringkat akar umbi, itulah sebenarnya ubat yang paling mujarab untuk dilaksanakan oleh pihak pucuk pimpinan, Dengan keputusan itulah juga yang akan meletakkan landasan perjuangan era baru kepada parti. Ianya merupakan perubatan pakar bagi menyembuhkan penyakit tak kira penyakit itu hanya selsema biasa ataupun penyakit kronik yang perlu pada pembedahan.

Dan melaksanakan keputusan akar umbi akan lebih memantapkan lagi perjuangan parti yang benar benar melahirkan perasaan CINTA kepada Agama, Bangsa dan Tanahair dan ianya akan meletakkan UMNO sebagai sebuah parti yang sentiasa diminati oleh rakyat keseluruhannya.

Pulihkan sokongan rakyat kepada UMNO, bagaimana caranya terserahlah kepada pucuk pimpinan, tapi ingat bagi menjayakan plan pemulihan ini suara keramat dari ahli ahli biasa hendaklah didengar dan diambil kira, kerana sebenarnya juak juak UMNO dikampung, ditanah rancangan, dipendalaman, petani dan peladang adalah orang yang benar benar menCINTAI UMNO dengan seikhlas hati dan perasaan, tidak seperti setengah pemimpin diperingkat atasan berjuang hanya untuk memperkayakan diri dan mengautkan keuntungan diatas sokongan rakyat yang masih marhain di luar bandar.

UMNO akan hancur bukan kerana Tun Mahathir keluar parti, bukan kerana YBM Tengku Razaleigh nak lawan Presiden parti disember ini, tapi UMNO akan hancur kerana ahli ahli Majlis Tertinggi UMNO tidak 'bijaksanaan' merealisasikan kehendak ahli parti diperingkat akar umbi dan rakyat malaysia keseluruhannya.

Pandang Pandangkan lah dicermin.

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "cukup sampai disini".

No comments: