Thursday, May 29, 2008

Malaysia "BOLEH", Indonesia "BISA"

Di Indonesia besuk (30hb, Mei) satu sambutan 'Hari Kebangkitan Indonesia 100 Tahun' akan berlangsung dengan tema "INDONESIA BISA", sambutan ini dianjur oleh Kerajaan Indonesia bagi memperingati kebangkitan Bangsa Indonesia untuk menanam semangat terhadap rakyatnya supaya lebih menCINTAI tanahair dalam tindakan dan keputusan walau berada dalam setuasi apa sekali pun.

Ini juga barangkali salah satu program kerajaan Indonesia kearah persiapan bagi menghadapi hari Pemilu (Pilihanraya) negara pada tahun 2009, Dengan bertemakan Indonesia "Bisa", nampaknya kerajaan Indonesia mahu mengajak rakyatnya, bersama-sama Presiden SBY bagi membangun Negara Indonesia dari segi peningkatan pendapatan rakyat dari terus dibelengu arus kemiskinan. Indonesia "Bisa" ertinya Kerajaan dan Rakyat mampu melaksana cita cita besar Kerajaan Indonesia. Terbaru Indonesia "Bisa" ialah apabila Kerajaannya istihar keluar dari Persatuan Pengeluar Minyak Dunia 'OPEC'.

Indonesia "Bisa" apabila tiap-tiap hari bermula dari Kerajaan Indonesia mengistiharkan harga minyak petrol naik rakyatnya terutama pelajar universiti mengadakan tunjuk perasaan, bukan saja dalam kampus tapi telah menjalar kejalanan, yang terbaru kelmarin (28hb. Mei) apabila dua kumpulan pelajar(yang pro kerajaan dan yang menentang kenaikan harga minyak) dari dua buah universiti bertembung dan bergaduh dengan mambaling batu yang memaksa polis tidak dapat berbuat apa apa, hanya menjadi penuntun melihat kejadian yang agak ngeri dihadapan mata. Inilah keajaiban Indonesia, semuanya "Bisa". sehingga pihak penguatkuasa tak dapat berbuat apa apa.

Entah apa lagi "Bisa" berlaku di Indonesia, Hari ini, Besuk ataupun Lusa. Telah menjadi adat percakapan rakyat Indonesia apabila kita tanya ataupun suruh membuat sesuatu jawapan yang kita terima "Bisa di atur pak", maka sesuailah tema menyambut 100 Tahun Hari Kebangkitan Nasional dengan slogan "Indonesia BISA". kerana semua rakyatnya bisa melakukan apa saja.

Tak kurang juga kita di Malaysia, Slogan "Malaysia BOLEH" kadang kadang jadi bahan ketawa, terutamanya apabila pemimpin parti pembangkang sebut dalam ucapan, hari ini slogan "Malaysia BOLEH" diakaitkan dengan berbagai bagai isu:-

  • BOLEH rasuah
  • BOLEH tukar ugama
  • BOLEH runding terus
  • BOLEH keluar masuk parti
  • BOLEH suruh PM pecat menteri
  • BOLEH tukar kerajaan
  • BOLEH, BOLEH, BOLEH apa saja.

Inilah diantara slogan dan slogan ini kadang-kadang jadi kenyataan, dan dalam kedua dua slogan diantara Malaysia dan Indonesia nampaknya ada persamaan dalam tindakan, hanya sebutan saja lain iaitu "BOLEH dan BISA".

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "BOLEH lah, BISA aje".

No comments: