Tajuk yang hangat ' Calun Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia'. Siapa lawan siapa dan siapa yang paling layak?, inilah perbincangan yang bermain dibibir peminat politik UMNO hari ini terutamanya genarasi muda, ekoran pengumuman YB. Dato. Seri Hisahamuddin Tun Husein Onn yang tidak lagi mahu memimpin Pergerakan Pemuda dan berhasrat menawarkan diri untuk calun Naib Presiden UMNO Malaysia.
Ekoran daripada kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang, Datuk Khairuddin Yaakob bahawa 14 Bahagian Pemuda UMNO Pahang mengumumkan akan mencalunkan YAB. Dato' Seri Adanan Yaakub, Menteri Besar Pahang untuk bertanding Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan Disember nanti.
Diikuti pula dengan kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor. Sdr Razali Ibrahim yang menyambut baik hasrat YAB. Menteri Besar Pahang(Tok Nan) itu asalkan Tok Nan ada tiga kriteria utama iaitu memahami aspirasi UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO serta boleh diterima oleh semua orang melayu tidak mengira parti-(bersyarat pula).
Lain pula dengan kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak dan Negeri Sembilan, mereka ini menyokong YB. Sdr Khairy Jamaluddin (KJ) dan akan mencalunkan beliau sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. bersandarkan bahawa berlaku peralihan kuasa dalam Pergerakan Pemuda UMNO kerana sekarang ini YB. Khairy (KJ) adalah Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Lain-lain calun yang disebut-sebut ialah YB. Sdr Mukhris Mahadhir dan Dato' Khir Toyo bekas Menteri Besar Selangor, tapi sehingga kini tidak ada suara dari Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri ataupun Bahagian yang sokong secara terbuka pada mereka.
Mana suara Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, diam membisu seribu bahasa, apakah oleh kerana sekarang ini apabila Dato' Khir Toyo tidak lagi jadi menteri besar Selangor maka sokongan pun hilang bersama jawatan Menteri Besar. Mana setia kawan dan persahabatan yang sentiasa diamalkan dalam Islam, apakah sudah hilang perasaan CINTA apabila seseorang itu sudah tidak ada jawatan dan kuasa, melayu misti tinggi budi bahasa dan CINTA, kalau tidak masyarakat akan pandang jejek dan hina. Apa salahnya memberi sokongan dan semangat dan terserahlah pada umum ahli-ahli untuk menilainya. Apakah belum sampai masa untuk melahirkan sokongan terbuka, percayalah tak akan hilang bisa apabila kita kata setia kepada bekas ketua yang kita CINTA.
Begitu juga dengan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah, YB.Sdr Mukhris dari negeri kedah tak boleh kah beri peluang kepada anak kelahiran kedah menawarkan diri untuk bertanding Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah menjadi pencadang dan penyokong.
Dan bagaimana dengan Pergerakan Pemuda UMNO negeri negeri lain, seperti Pulau Pinang, Perlis, Wilayah, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Sabah, kepada siapa kah hendak dilahirkan CINTA, sama ada dengan cara setia atau harta benda.
Ramai-ramai menawarkan diri untuk bertanding, menyeronokkan. Percayalah!!!
Bak kata Ayat-Ayat CINTA,"bukan kerana harta benda,barulah lahir CINTA seia sekata"
No comments:
Post a Comment