Pagi pagi lagi dihadapan rumah saya didatangi oleh 2buah kereta peronda polis, agaknya jiran sebelah dah panggil polis kerana tak tahan dengar bunyi bising pergaduhan sepasang kekasih keturunan cina berkelahi dengan maki hamun. Tak sampai setengah jam polis dapat menyuraikan pergaduhan itu dengan membawa kedua dua menaiki kereta peronda barangkali dibawa ke balai polis.
Begitu jugalah barang kali dalam keadaan biasa, apabila ada saja lapuran dibuat maka pihak polis akan terus bertindak, tak kira masa dan tempat, tugas dan tanggongjawab akan dipikul bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. sesuai dengan slogan "Tegas, Adil dan Berhemah".
Begitu juga peranan polis dalam menentukan jenayah, terutamanya jenayah berat dapat dikurangkan ataupun dihapuskan, mereka peka kepada keadaan sekeliling, kadang-kadang berlaku perbuatan jenayah yang boleh membimbangkan keselamatan masyarakat, tapi dengan kecekapan anggota polis kita hari ini, jenayah semakin kurang kedengaran.
Jenayah seperti merompak,mencuri,samun,bunuh boleh dikatakan berlaku tiap-tiap hari tanpa dapat dikesan ataupun ditangkap sebelum daripada ini, kalau ada pun tidak merudum turun angka jenayah tersebut. Tapi perubahan sudah terasa kini, semenjak ramai ahli ahli kumpulan penjenayah dapat ditangkap dan di tembak mati oleh pasukan polis kita.
Kita tahu bukan senang kerja polis, ia terdedah kepada bahaya daripada penjenayah dan juga terdedah dari kritikan masyarakat. Wal hal tugas dan tanggongjawab yang dipikul amat berat dan mencabar kadang-kadang tak setimpal dengan pendapatan. Kepada mereka lebih mudah berhadapan dengan penjenayah daripada berhadapan dengan ejakan dan kritikan masyarakat.
Sebagai contoh, apabila mereka berhadapan dengan penjenayah mereka akan bertindak untuk menangkap dan kalau penjenayah itu melawan dengan senjata merbahaya mereka akan menembak sekurang-kurang untuk mempertahankan diri. Tapi dengan masyarakat mereka tak dapat berbuat apa apa, tadah telinga dan kadang kadang merajuk hati kena pujuk sendiri.
Oleh itu masyarakat kena adil, kena banyak memberi kerjasama, sokongan supaya mereka rasa dihargai terhadap tugas dan jasanya kepada orangramai. Jangan seperti kata peribahasa, kerana seekor kerbau membawa lupur, tercalit semuanya. Ini tidak adil namanya. Yang jurus, jujur dan bagus bagus hendak diiktiraf akan perkhidmatannya, yang harus dinaikkan pangkat jangan pula dibekukan kerana tak sebulu dengan tokay. (kalu ada).
Yang ku dengar,
Masyarakat sekarang ini sudah boleh lena tidur, sejak pihak polis mula menembak mati ahli-ahli kumpulan rompak, samun dan gengstar. Kes-Kes jenayah berat nampaknya semakin kurang, Tuan Tuan OCPD & OCCI nampaknya berkerja keras kearah mengurangkan jenayah ditempat masing-masing. Ini semua hasil ketegasan dan keberanian angggota polis kita. TAHNIAH.
Tahniah harus diberi kepada Dato Mohd Bakri bin Mohd Zihin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) kerana berjaya memberi input kepada anak buahnya di Negeri dan Daerah sehingga mereka dibawah berani berkerja dengan lebih tegas lagi sebab ketuanya adalah seorang yang akan mengambil tanggongjawab diatas sebarang kemungkinan.
Satu perkara yang harus diingat, kegiatan jenayah rompak dan samun tidak akan berkurangan sekiranya penduduk ataupun orang yang berada di sini tidak ada wang untuk makan dan pakai, terutamanya orang asing, yang pada asalnya datang untuk mencari pekerjaan tapi berakhir menjadi pekerja tanpa izin, yang tidak ada dekumen yang sah, nak balik ke negeri asal pun tak boleh, maka tinggallah di negara yang kita CINTAI ini untuk hidup. Tapi menjadi manusia yang ganas, dah lah menumpang, mencuri dan merompak, mencederakan orang dan membunuh pula. Sebelum mereka membunuh rakyat kita, apa yang harus kita lakukan?.
Sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato Bakri tidak saja harus mendengar arahan dari Ketua atau pun Menteri, tapi beliau boleh juga memberi arahan melalui cadangan kepada Ketua dan Menterinya semuga rakyat asing tidak menjadi penjenayah di bumi Malaysia ini.
Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "tepuk dada tanya selera"
No comments:
Post a Comment