Tuesday, May 27, 2008

seorang insan yang bernama EZAM.

Jam 00.01 (27hb. Mei 2008) saya terima talipon daripada salah seorang sahabat karib saya iaitu sdr Mohd Ezam Mohd Nor, katanya baru sampai di Kuala Lumpur dari Jakarta. Beliau sepatutnya pulang ke tanahair tengahari ini tapi diperawalkan. Apabila ditanya kenapa pulang awal, beliau ketawa.

Sebagai orang politik, dia tak perlu memberitahu saya kenapa beliau pulang awal dan saya pun tak perlu usul banyak banyak. tapi yang mistinya hari ini beliau akan diburu oleh surat kabar dan tv, ingin tahu apa kesudahan dengan berita yang paparkan sehari dua ini, iaitu perihal beliau akan menyertai parti UMNO.

Benarkah Ezam akan menyertai UMNO?

Bersyarat kah beliau menyertai UMNO, ada tawarankah beliau menyertai UMNO, ada tujuan tersirat kah beliau menyertai UMNO, atau beliau mahu berjuang bersama UMNO untuk memperkasakan maruah bangsa dan tanahair terCINTA.

Banyak sangat jadi tanya tanda, banyak orang beri komen dan pendapat, banyak orang suka bercakap dan kadang kadang cakap itu jadi sombong dan angkuh. Apa perlu di persoalkan sekiranya Ezam masuk UMNO, kan dah ramai manusia dibumi malaysia ini, hari ini jadi ahli UMNO, dan keluar, lepas tu masuk kembali. Kenapa hendak dikenakan syarat, kenapa hendak di sediakan soalan untuk beliau jawab. Apakah nak masuk UMNO lebih payah daripada orang yang bukan Islam nak memeluk Islam.

UMNO sebuah parti untuk rakyat malaysia, semua orang boleh menyertainya asalkan dia orang melayu dan ikhlas dalam perjuangan, hanya yang kita tidak mahu, orang yang masuk UMNO semata mata nak mencari keuntungan, masuk UMNO kerana nak dapat projek, masuk UMNO nak dapat AP, masuk UMNO nak dapat lesen Outsourcing Pekerja Asing dapat kuota dari Menteri dan jual kepada Ajen Haram dengan mendapat wang mudah secara menipu permohonan dan kelulusan.

Orang macam Ezam ni rezekinya murah, tak usahlah nak berdengki dengan dia, dia masuk UMNO ke, Tak masuk UMNO ke, dia boleh hidup, kerana dirinya itu macam 'sabut', dia bukan mencari kekayaaan dengan hanya menyertai mana mana parti politik.

Saya harap hari ini seperti hari hari sebelum daripada ini, tak akan berlaku bencana yang boleh meragutkan nyawa manusia, tidak akan berlaku gempa bumi seperti negeri indonesia dan china, tidak akan berlaku angin puting beliung seperti di Amerika. Kita doakan semuga Tuhan memberi petunjuk kepada seorang insan yang bernama Ezam.

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, " dimanakah nilai setia"

No comments: