Saturday, May 10, 2008

Mahkamah Syariah menunaikan 'rayuan siti fatimah'

Blog Mohd Sayuti Omar, http://www.msomelayu.blogspot.com/ semalam (9.5.2008) bertajuk 'Antara Raja Petra & Siti Fatimah' membuka ruang untuk ummat Islam berfikir dan mencari natijah sebenar, apa dah nak jadi dengan Ummat Islam di Malaysia?. Betul dan benar tulisan Tuan Haji Mohd Sayuti Omar itu, bahawa tidak ada lapuran dan komen dari pemimpin politik tanah air berhubung dengan keputusan mahkamah syariah yanag membenar Siti Fatimah murtad.



Sebagai seorang hamba yang beragama Islam, saya terasa jejek dengan keputusan itu, apatah lagi negara kita diiktiraf sebagai negara Islam oleh seluruh penduduk dunia, tiba-tiba rakyat yang dah beragama Islam dibenarkan MURTAD oleh sebuah mahkamah ISLAM dan para pemimpin Islam berdiam diri terutama pemimpin politik daripada parti PAS yang senonim dengan ISLAM.


Bahkah di laman utama blog Mohd Sayuti Omar (MSO) terpapar gambar YAB Tok Guru Nik Aziz, apa komen beliau dengan keputusan ini, dibawah pula ada gambar Sdr Anwar Ibrahim, bakal Perdana Menteri sekiranya Parti Pakatan Rakyat menguasai parlimen, YAB Pak Lah Perdana Menteri Malaysia dan YBM Tengku Razaliegh Hamzah, orang yang disebut-sebut akan mengantikan Pak Lah apabila cukup pencalunan bagi menawarkan diri menjadi Presiden UMNO Malaysia pada Disember 2008 nanti.


Tapi malangnya nama-nama yang saya sebut diatas itu diam membisu seribu bahasa, mereka adalah penganut Islam bahkan boleh ditafsirkan mereka adalah pemimpim dan bakal memimpin negara Islam (Malaysia).


Mana afdalnya CINTA kita kepada agama apabila kita tidak memberi pendapat dan pandangan yang membolehkan rakyat yang kurang arif memahami keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah berhubung dengan kes Murtad Siti Fatimah secara bijaksana.


Betul kata Haji Mohd Sayuti Omar, kalau isu-isu yang boleh menguntungkan kepentingan politik kepartian maka semua orang mahu bercakap dan memberi komen,bahkan sanggup mengadakan demostarsi jalanan untuk menampilkan kesombongan dan keangkuhan puak-puak, sedangankan kerja itu boleh menggangukan ketenteraman awam dan keselesaan hidup rakyat.


Saya tabik pada Haji Mohd Sayuti Omar kerana ketengahkan isu Siti Fatimah ini dan saya percaya beliau sebagai orang Islam yang mempunyai perasaan CINTA yang mendalam terhadap Agamanya maka beliau meluahkan perasaan ini untuk dimengertikan oleh pucuk pimpinan dan mereka-mereka yang digelar pemimpin dan menganggap mereka itu pemimpin. TABIK.


Bat kata Ayat-Ayat CINTA, "rayulah sehingga kehendak kita akhirnya berjaya"

No comments: