Deman pemilihan UMNO diperingkat Cawangan dan Bahagian mula terasa kini, sosek-sosek dikalangan ahli-ahli mula kedengaran, Beberapa-berapa Bahagian UMNO di Kelantan, kemungkinan besar akan berlaku perebutan jawatan Ketua Bahagian.
Yang pastinya UMNO Bahagian Pasir Mas, ekoran pengumuman Dato' Rahim yang tidak akan mempertahankan jawatannya dan UMNO Bahagian Tanah Merah yang mana ada kekosongan kerana kematian Ketuan Bahagian Dato' Hashim Safin. Juga dengar khabar UMNO Bahagian Rantau Panjang, Kuala Krai, Pasir Puteh dan Pengkalan Chepa.
Yang menariknya UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Walaupun UMNO tidak pernah menang dalam pilihanraya umum, tapi bahagian ini setiap kali ada pemilihan maka ianya akan bergolak hebat sejak dari dulu lagi. Apa yang dicari sebenarnya masih membinggongkan pemerhati politik tanahair. Tapi pemilihan tahun ini pastinya menyoronakkan, kerana selain dari orang orang biasa yang akan menawarkan diri ianya akan didatangi dengan penampilan baru dan boleh memecahkan rekod politik UMNO Negeri Kelantan. (tunggu cerita akan datang).
Tapi yang paling memualkan ialah pesanan pemimpin-pemimpin UMNO Bahgain kepada ahli-ahlinya, diantara lain ayat-ayat, " jangan adakan pertandingan, kerana pertandingan boleh memecahkan perpaduan ahli-ahli parti", tapi semasa dia orang nak jadi ketua dulu, dia orang lah yang gerakkan jentera untuk bertanding diperingkat Bahagian, maka tak apa pula diwaktu itu berlaku pertandingan. Apabila dia sudah diatas macam-macam alasan dicari supaya tidak ada orang menawarkan diri untuk bertanding. bawa cerita nabilah, baca ayat-ayat suci lah dan berfelasafahlah macam-macam.
Kata ketua" kita kena sayang dan CINTA kan pada parti, oleh itu elakkanlah daripada berlaku pertandingan,kerana ianya tidak menguntungkan parti. Tapi siapa yang untung kalau tidak berlaku pertandingan?.
maka tak bertanding itulah pengorbanan sebenar, oleh itu yang diatas retilah nak turun dengan cara bersopan,kalau nak berkhidmat kepada parti tak semistinya ada banyak jawatan, bagi-bagikanlah kepada sahabat didalam sah kepimpinan, aturlah jawatan dengan mengambil kira kemampuan dan sokongan serta kehendak masyarakat. Baru parti akan lebih kuat dan diminati oleh masyarakat.
Wahai pemimpin, berpeganlah pada kenyataan.
Bak kata Ayat-Ayat, keikhlasan kita sebenarnya membuat orang tergila CINTA kepada kita".
No comments:
Post a Comment